24.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kos haji meningkat 12 Peratus,menjadi sekitar RM25,000

Date:

Share:

Kos untuk jemaah Muassasah menunaikan haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000, kata Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.Menurut TH, kenaikan kos itu susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Sebagai perbandingan, jelas TH, kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada tahun 2019 ialah RM22,900.

“Peningkatan 12 peratus ini mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang telah dinaikkan daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan.“Ini tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan SOP (prosedur operasi standard) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Menerangkan lebih lanjut, TH berkata, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.

Kos-kos lain, katanya lagi, termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari.TH berkata, hampir kesemua perkhidmatan itu disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai dan kadar inflasi di sana.

Selain dari kos-kos langsung, TH berkata, ia turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji, dengan jumlah kos tidak langsung itu sahaja mencecah RM60 juta setiap tahun.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.

“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun.“Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH.

“Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” katanya lagi.Biarpun ibadat haji ditangguhkan dua kali akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020, namun, TH tetap meneruskan persiapan dengan mengambil kira situasi semasa dan perkembangan di Arab Saudi.

Selain itu, TH berkata, bakal jemaah juga harus membuat persediaan awal dari segi kesihatan dan perbelanjaan haji.“Pada ketika ini, kerajaan Arab Saudi masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan ibadat haji bagi Musim 1443H/2022M,” menurut kenyataan itu lagi.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

IMF predicts Russian economy to grow in 2023

According to the January 2022 World Economic Outlook, the International Monetary Fund improved its forecast for the Russian economy, exceeding that of the Russian...

UK Only Major Economy Set To Shrink — IMF

The International Monetary Fund predicts the British economy will perform the worst of all developed nations - including sanctions-hit Russia - by contracting 0.6%...

China Seeks Free Trade Zone With Saudi Arabia

China is looking to establish stronger ties with Saudi Arabia and set up a China-Gulf free trade zone "as soon as possible,” according to...

EUR/USD adds to recent gains and retargets 1.0900, FOMC eyed

EUR/USD adds to Tuesday’s advance and approaches 1.0900.EMU Flash inflation Rate, Unemployment Rate next of note in the bloc.The FOMC event, ISM Manufacturing take...

Kemerosotan perumahan di Hong Kong mendorong ekuiti negatif ke paras tertinggi 18 tahun

Bilangan orang di Hong Kong yang rumahnya bernilai kurang daripada gadai janji mereka melonjak ke paras tertinggi selama 18 tahun apabila hab kewangan bergelut...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here