27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Krisis makanan dunia dijangka berlarutan sehingga tahun depan-FAO

Date:

Share:

Krisis makanan global yang dicetuskan konflik berterusan Rusia-Ukraine dijangka berterusan sehingga tahun depan.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, FAO meramalkan keadaan ini tidak mustahil berlaku jika dua negara pengeksport utama itu mengurangkan bekalan benih dan baja.

Agensi PBB dalam laporan terbaharu mendedahkan harga makanan dunia susut pada Mei selepas mencatat lonjakan pada Mac.

Indeks harga makanan FAO yang mengukur dagangan komoditi makanan global berada pada kadar 57.4 peratus bulan lalu.

FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

Ketua Ekonomi FAO Maximo Torero berkata dunia berisiko berdepan pengurangan tuaian hasil susulan konflik dua negara itu.

“Dalam tempoh sebulan dua ini, kita tidak akan dapat baja yang diperlukan negara pengimport utama dan ini bermakna kita berdepan cabaran besar untuk musim tuaian seterusnya.

“Pada 2023, sekiranya tiada akses kepada baja, hasil tuaian akan berkurangan.

“Dan jika konflik Rusia dan Ukraine berterusan, ia akan mengurangkan eksport mereka ke pasaran dunia,” kata Torero. – AWANI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here