29 C
Kuala Lumpur
spot_img

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Date:

Share:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.

“Ini agensi yang paling kaya di negara kita,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, aset tersebut meliputi dua bidang pelaburan termasuk pelaburan hartanah yang membabitkan aset-aset di dalam negara dan juga luar negara.

Bagi pelaburan dalam negara, ia mencecah RM11 bilion meliputi bangunan KWSP di ibu pejabat dan negeri-negeri

.Di luar negara pula, pelaburan hartanah KWSP berjumlah RM30 bilion iaitu separuh daripadanya berada di United Kingdom termasuk hartanah tersebar projek Bettersea yang telah siap dan ikonik di negara berkenaan.

Setakat ini kita cukup menjaga pelaburan-pelaburan ini termasuk pelaburan yang berisiko tinggi, katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang mahu kerajaan menyatakan peratus di pasaran domestik Malaysia.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here