26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

LABUR FOREX DAN LEBUR RM 1 JUTA, KES DI MALAYSIA

Date:

Share:

Skim pelaburan Forex sering kali menjadi tumpuan hangat pemberita dalam melaporkan kisah sadis pelaburan yang lebur. Terkini, satu kes hangat dilaporkan oleh pihak media di mana seorang CEO sebuah syarikat yang melabur sebanyka RM1 juta dan akhirnya mengalami kerugian besar.

Mangsa pelaburan Forex tersebut berusia 53 tahun, memulakan pelaburan tersebut sejak tahun 2018 lagi kerana tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan. Beliau telah membuat transaksi modal pelaburan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Secara keseluruhan, RM1 juta telah dilaburkan. Malangnya, pulangan yang beliau dapat hanya sekitar RM50,000.00 sahaja sebelum suspek kes menghilangkan diri.

“Suspek yang berusia 44 tahun itu adalah pemilik sebuah syarikat mengajar orang ramai melabur saham sebelum mangsa tertarik menyertai pelaburan forex selepas berjumpa dengannya.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu ekoran pulangan yang diterima tidak seperti modal yang dilaburkan dan telah membuat laporan di Balai Polis Malim pada 31 Dis lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sepasukan polis dari unit risikan dan operasi JSJK IPK Melaka telah berjaya menahan suspek di Seremban semalam.

PERINGATAN KEPADA SEMUA

Dagangan Forex adalah berisiko. Mudah untuk menjanjikan pulangan bulan dan bintang. Tetapi satu perkara yang anda perlu sedar, dagangan Forex bukan skim cepat kaya. Jangan mudah tertipu. Sayangi wang anda. Tiada jalan pintas untuk kaya dengan cepat dalam dagangan Forex.

Jika tidak bersedia untuk rugi, jangan terlibat dengan sebarang pelaburan. Keuntungan yang dijanjikan datang dengan risiko yang besar.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

Ekonomi global berada dalam bahaya mengalami kehilangan dekad pertumbuhan, yang akan menjadi lebih teruk jika kegawatan kewangan semasa mencetuskan kemelesetan global, menurut penyelidikan baharu...

NZD/USD leans bearish in phase of consolidation

NZD/USD is consolidating at the start of the week in mixed risk sentiment. Poor performance on crosses suggests the Kiwi is still out of favour.NZD/USD...

Industri perbankan seluruh dunia sedang runtuh,industri hartanah seterusnya

Krisis perbankan semakin buruk.Untuk minggu ketiga berturut-turut, setiap minggu hanya menjanjikan spekulasi kosong untuk 'damage control' dan menjadi penentu bagi sektor perbankan, kerana pelabur...

ANALISA TEKNIKAL GOLD 27 MAC 2023

GOLD DI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA ASALNYA DALAM KEDUDUKAN UPTREND ATAU MENAIK, NAMUN KETIKA INI HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA...

ANALISA TEKNIKAL GBPUSD 27 MAC 2023

GBPUSD DDI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA SEBELUM INI MEMBUAT KENAIKAN ATAU UPTREND, NAMUN HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA UNTUK...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here