fbpx
30.5 C
Kuala Lumpur
December 8, 2021
Berita Terkini Editor's Picks MENARIK HARI INI!

LAPORAN BERKENAAN FOMC SEPT. 2020 : FEDS MENJURUS KE ARAH “DOVISH”, APA AKAN BERLAKU PADA US DOLLAR?.

17 Sept. 2020 – Federal Reserve (FEDS) telah selesai mengadakan mesyuarat ekonomi mereke iaitu Federal Open Market Committee (FOMC) beberapa jam yang lalu. Keadaan ekonomi negara Amerika Syarikat serta polisi kewangan terbaru yang akan diguna pakai menjadi tumpuan global.

FEDS membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah semasa pada angka 0.00% – 0.25% dan membuat jangkaan akan kekal dalam tempoh masa yang panjang. Pengerusi FEDS, Jerome Powell mengesahkan bahawa kadar faedah ini adalah penting untuk melonjakkan kembali ekonomi setelah terkesan oleh situasi pandemic Covid-19.

Berikut merupakan beberapa intipati penting yang diumumkan sebaik sahaja mesyuarat FOMC selesai:

  1. Polisi kewangan yang menerapkan kadar faedah rendah (ultra-low) akan diguna pakai sehingga 2023.
  2. Sasaran inflasi yang perlu dicapai ialah 2.4% dalam tempoh masa terdekat.
  3. FEDS akan menjurus kearah “dovish policy” secara keseluruhan.

Keputusan ini telah dimuktamadkan. Apakah kesan terhadap nilai matawang US Dollar?. Secara gambaran kasar, FEDS lebih berminat untuk melihat matawang USD yang lebih rendah untuk meransang pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat.

Untuk peluang dagangan, analisa lengkap diperlukan.

Related posts

BAGAIMANA UNTUK KEMBALI BANGKIT SELEPAS RUGI DALAM DAGANGAN

Admin Mfm

EKONOMI U.K. MENGUNCUP LEBIH SEDIKIT BERBANDING JANGKAAN PADA BULAN JANUARI

Admin Mfm

Analisa Teknikal CadJpy 14 Julai 2021

Zulhilmi Md Diah

Leave a Comment