25.2 C
Kuala Lumpur
spot_img

Lebih 1.2 juta warga China tidak keluar dari Malaysia

Date:

Share:

Seramai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod JIM menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari Malaysia bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

“Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang.

“Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Soalan itu bagi menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

“Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini,” katanya.-METRO

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal UsdCad 31 Januari 2023

UsdCad di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan downtrend. Harga sepertinya akan cuba untuk retest semula di Resistance berhampiran sebelum turun...

Analisa Teknikal Gold 31 Januari 2023

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini harga sedang membuat sesi Retracement dimana harga telah sampai...

AEON Credit buat pinjaman bank RM600 juta

AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLLs) berjumlah RM600 juta buat pertama kalinya daripada dua perbankan Jepun dan sebuah...

Ringgit merosot, RM4.26 berbanding satu dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah tekanan daripada perkembangan luaran termasuk sekitar pertukaran asing Asia (FX), harga minyak...

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Dipanggil Mengadap Kongres AS

Ketua Eksekutif TikTok Shou Zi Chew akan hadir di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan AS pada 23 Mac untuk memberi keterangan mengenai kebimbangan privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here