26.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak,dipenjara mulai hari ini

Date:

Share:

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Ini bermakna Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, akan mula menjalani hukuman.

Najib pada 28 Julai 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib itu.

Najib merayu sabitannya terhadap semua tujuh pertuduhan diputuskan Hakim Nazlan Ghazali membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta dana SRC, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dua tahun lalu.

Ketika membaca keputusan panel mahkamah, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata: “Menjadi pandangan sebulat suara kami bahawa butir keterangan ketika perbicaraan secara amat jelas mensabitkan semua tujuh pertuduhan sehingga ke tahap menjadi pelanggaran kepada keadilan di peringkat tertinggi jika mana-mana tribunal munasabah, berdepan dengan bukti sedemikian rupa dikemukakan, untuk mendapati perayu (Najib) tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan dikenakan kepadanya.”

Ketua hakim negara mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Keputusan hari ini bermaksud Najib secara automatik tidak lagi layak kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan selaras Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Najib, ketika berusia 23 tahun menang di kerusi Pekan tanpa bertanding pada 1976, selepas kematian bapanya, Abdul Razak Hussein, yang juga perdana menteri kedua. Dua tahun selepas itu, beliau dilantik sebagai timbalan menteri. Beliau kemudian dilantik sebagai menteri besar Pahang antara 1992 dan 1986, disusuli memegang beberapa jawatan Kabinet.

Beliau menjadi timbalan perdana menteri kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 2004, dan menggantikannya pada 2009, menjadikan beliau sebagai perdana menteri keenam, jawatan didudukinya selama sembilan tahun sebelum kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah buat kali pertama pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei 2018.

Pendengaran rayuan akhir Najib bermula 18 Ogos, selepas Mahkamah Persekutuan pada Isnin dan Selasa, minggu lalu, mendengar usul penangguhan untuk mengemukakan keterangan baharu, iaitu menunjukkan Nazlan tidak sepatutnya mempengerusikan perbicaraan susulan dakwaan “konflik kepentingan serius”. Permohonan itu ditolak pada Selasa.

Susulan penolakan itu, ketua pasukan pembelaan Hisyam Teh Poh Teik, memohon pendengaran ditangguhkan dengan menyatakan tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyiapkan hujahan. Permohonan itu juga ditolak mahkamah tertinggi.

Hisyam dilantik mengetuai pasukan pembelaan Najib pada 25 Jul, menggantikan Shafee Abdullah, dengan firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew mengambil alih fungsi peguam cara daripada Shafee & Co.

Ketika pendengaran bermula pada Khamis, Hisyam memohon maaf kepada mahkamah dan meminta beliau dilepaskan daripada mewakili Najib kerana tidak bersedia untuk membuat hujahan.

Panel hakim bersidang kemudian menolak permintaannya dan memerintahkan beliau kekal mewakili Najib, walaupun mahkamah memberi kebenaran melepaskan keseluruhan pasukan guaman Najib, termasuk peguam bersama, Zaid Ibrahim dan firmanya, sebagai peguam cara.

Memandangkan pihak pembelaan gagal membuat hujahan, ketua hakim memanggil Pendakwa Raya Ad Hoc, V Sithambaram, membuat hujahan. Pihak pendakwaan menamatkan hujahan pada akhir minggu lalu.

Najib ditahan pada 3 Jul 2018, dan dikenakan pertuduhan hari berikutnya. Perbicaraannya bermula di Mahkamah Tinggi selama 79 hari antara April 2019 dan Mac 2020 dan seramai 86 saksi memberi keterangan. Beliau disabit bersalah, pada 28 Jul 2020.

Pada 8 Dis 2021, tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman. Hakim lain bersidang adalah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Penggubal Undang-undang AS Mendesak Larangan TikTok Seluruh Negara

Republikan di Dewan dan Senat telah memperkenalkan undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan TikTok pada semua peranti di Amerika Syarikat dan melarang transaksi dengan syarikat...

Pelosi sells Google stocks right before DOJ announces antitrust lawsuit

Former House Speaker Nancy Pelosi, once again, was caught insider trading after it emerged that the 82-year-old politician sold 30,000 shares of Alphabet for...

UK Hunt: Best tax cut right now is a cut in inflation

The UK Chancellor of the Exchequer Jeremy Hunt said on Friday that the “best tax cut right now is a cut in inflation.”Additional commentsUnderstands...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 216 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 216.Dapatkan naskah MFM edisi ke 216 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

GBP/USD bergelut pada 1.2400 dan jatuh ke arah 1.2360 berdasarkan data AS, jualan runcit UK yang suram

GBP/USD mengurangkan beberapa kenaikan pada hari Rabu selepas melangkah di atas 1.2400,Data ekonomi Amerika Syarikat menyokong Dolar AS, satu halangan untuk Pound Sterling.Jualan Runcit...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here