Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan terbabit diputuskan mesyuarat Kabinet hari ini yang akan berkuat kuasa hingga harga dan pengeluaran ayam tempatan, kembali stabil dengan memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini.
Lima langkah atasi isu harga, bekalan ayam
i. Menghentikan eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini hingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil (Keutamaan Kerajaan adalah Rakyat sendiri)
ii. Mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi
iii. Memansuhkan Approved Permit (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang pembabitan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan
iv. Mempermudahkan proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam
v. Menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam
Ismail Sabri berkata, selain menghentikan eksport ayam terbabit, kerajaan juga akan mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi kerajaan yang lain.
“Kerajaan mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh Keluarga Malaysia.
“Kerajaan kesal dan kecewa terhadap tindakan beberapa syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan di pasaran,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Mesyuarat Kabinet yang lazimnya diadakan pada Rabu setiap minggu, dipercepatkan kepada hari ini, bagi membincangkan isu membabitkan kos sara hidup yang dijangka meningkat.
Ketika mesyuarat hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) diarah mengemukakan pelan mengatasi isu ayam, peningkatan harga barang dan kos sara hidup.
Perdana Menteri berkata, pemansuhan permit import (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan berkuat kuasa minggu lalu, bertujuan meningkatkan peluang pembabitan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan.
“Kerajaan juga akan menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam.
“Selain itu, proses tuntutan subsidi oleh pengeluar juga akan dipermudahkan. Bagaimanapun, kerajaan dapati hanya RM50 juta subsidi sudah dibayar kepada penternak, yang kebanyakannya adalah syarikat kecil,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan mendapati beberapa syarikat besar pengeluar ayam pula tidak berminat memohon subsidi disediakan itu, sebaliknya mahukan kerajaan membiarkan harga ayam ditentukan sendiri oleh pasaran.
“Ketika ini, kerajaan menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta mengikut Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu,” katanya.
Ismail Sabri berkata, Peguam Negara juga dipanggil menghadiri mesyuarat semalam juga menasihatkan Kabinet menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) terhadap sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam.

– BERITA HARIAN