28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Malaysia tidak lagi dalam krisis: Gabenor BNM

Date:

Share:

Ekonomi Malaysia menyerap kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dengan baik, dan amat jelas negara ini tidak lagi berada dalam krisis, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Bank pusat telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas semasa mesyuaratnya pada Mei dan Julai.

“Momentum dari segi pembayaran balik pinjaman tidak terjejas,” kata beliau merujuk kepada kenaikan OPR semasa sidang media bersama Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2022 di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata OPR kali pertama dinaikkan pada Mei 2022 kerana langkah yang dianggap sebagai sokongan besar yang diperlukan semasa pandemik sudah tidak lagi wajar.

“Ini kekal tidak berubah apabila ekonomi terus berada di landasan pemulihan dengan pertumbuhan 6.9 peratus pada separuh pertama 2022.

“Amat jelas kita tidak lagi mengalami krisis. Pertumbuhan terus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dalam keadaan pasaran buruh yang lebih baik, pemulihan kegiatan pelancongan serta aktiviti dan prospek pelaburan yang lebih baik,” kata beliau.

Nor Shamsiah berkata pelarasan OPR pada Julai juga akan menguruskan lebih awal risiko permintaan yang berlebihan berikutan tekanan harga.

“Adalah penting untuk diingatkan bahawa kita merekodkan paras OPR yang rendah sebelum ini. Ini bermakna pelarasan OPR, dasar monetari akan kekal akomodatif tahun ini untuk menyokong pemulihan ekonomi,” kata beliau.

Beliau mengulangi bahawa bank pusat melaraskan dasar monetari secara beransur-ansur memandangkan negara berada pada laluan pemulihan. – Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here