23.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

MASYARAKAT SEDANG MENDERITA

Date:

Share:

Selepas hampir dua tahun pandemik COVID19 menggegar dunia, rantaian permasalahan dicetuskan COVID-19 sebenarnya adalah jauh lebih besar berbanding kesan langsung virus itu sendiri.

Hampir kesemua sektor yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat terjejas.Antara turut terjejas teruk sektor pendidikan, terutama institusi pengajian tinggi. Banyak kampus ditutup untuk pelajar sejak Mac lalu. Memang terasa sunyi, walaupun staf hadir bekerja seperti biasa, kelibat pelajar lalu lalang memenuhi setiap ruang di kampus seperti dahulu kini tinggal memori.

Banyak perniagaan dalam dan luar kampus merosot teruk. Kedai fotostat, kedai makan, penjual kacang dan aiskrim di kaki lima dewan kuliah, sekolah memandu serta kedai makan di luar yang sering menjadi perhatian pelajar terjejas teruk. Ada kedai-kedai yang terpaksa menyerah kalah dan gulung tikar. Sewa tetap wajib dibayar, tetapi tiada pelanggan. Siapa mampu bertahan dengan keadaan yang tidak menentu ini.

Sekolah dan institusi pendidikan ditutup lama menyebabkan ekosistem ekonomi berlegar di sekelilingnya turut terjejas. Pemandu van sekolah, penjual aiskrim dan ayam goreng, pengusaha kantin, penjual buku serta pembekal alat tulis, semuanya terjejas.Ibu bapa juga terpalit dengan keadaan tidak menentu ini.Sekejap buka sekejap tutup,banyak belanja terpaksa dikeluarkan untuk membeli gajet bagi kegunaan PDPR.

Jika anda berkunjung ke kompleks beli-belah dan tempat-tempat tumpuan utama suasananya tidak seperti dahulu.Ketika PKP 3.0 +1,hampir 90% perniagaan terpaksa ditutup. Jika ada pun perniagaan yang masih hidup ibarat menunggu masa, sekadar menghabiskan stok lama.

Rantaian permasalahan COVID-19 bukan sahaja membabitkan ekonomi semata-mata, tetapi impak sosialnya juga luar biasa.

Persekolahan anak-anak tahun tahun lalu dan tahun ini semakin kucar-kacir. Dengan sekejap buka, sekejap tutup dan ramai ibu bapa memilih membiarkan anak di rumah kerana risau, banyak kesan tidak langsung terhadap anak akan terlihat nanti.Emosi anak-anak yang biasanya riang ceria dengan kawan-kawan sekolah juga kini telah berubah.

Pendedahan terhadap gajet ketika di rumah semakin banyak, ibu bapa tidak selamanya mampu mengawal. Jika kedua-duanya bekerja, anak ditinggalkan tanpa pengawasan dan tanpa sistem pembelajaran tersusun seperti di sekolah.Setakat ini,belum nampak tanda-tanda pihak berwajib merumuskan satu sistem baru yang selaras untuk diguna pakai di semua sekolah di seluruh Malaysia.

Pembelajaran dalam talian ada, tetapi tidak sepenuhnya menggantikan suasana pembelajaran dalam kelas, berhadapan dengan guru dan rakan. Itu belum dikira kesan terhadap keyakinan beragama anak–anak yang sudah hampir dua tahun tidak dibenarkan solat berjemaah di masjid.

Krisis COVID-19 turut menjejaskan pesakit kronik lain kerana takut ke hospital (bimbang disaring) dan tidak dapat mengikut jadual ‘lawatan semula’ kerana pelbagai kekangan. Kes tidak kritikal, lagilah ditunda, sedangkan dalam suasana biasa pun mengambil masa, ini pula ketika dilanda badai COVID-19. Tidak mustahil ada yang meninggal dunia kerana gagal mendapat rawatan sepatutnya. Amat menyedihkan ia sedang berlaku.Hospital kini terpaksa memberi keutamaan kepada kes-kes COVID 19 terlebih dahulu.Jumlah kes kematian di rumah yang dibawa ke hospital (Brought in dead) juga bertambah.

Baru-baru ini, tular berita seorang pekerja Malaysia membunuh diri di Singapura kerana kemurungan akibat tidak dapat balik bertemu keluarga dalam tempoh amat lama.Malas setiap hari kini kedengaran pelbagai kisah pilu mereka yang tidak mampu mengharungi tekanan dan desakan hidup mengambil jalan pintas membunuh diri.

Ribuan orang yang bekerja di luar negara dan sehingga kini belum dapat pulang bertemu keluarga selepas berbulan terpisah. Ini pasti menjejaskan emosi terhadap diri dan ahli keluarga yang ditinggalkan.

Jika hendak ditulis, terlalu banyak impak ekonomi dan sosial akibat COVID-19 yang sedangmengubah landskap masyarakat pada ketika ini.Masyaraka sedang menderita.Masyarakat sudah mula putus asa.

Ahli masyarakat dan kerajaan sewajarnya mengambil berat kesan kecil yang tidak ada nombor dan statistik harian seperti bilangan pekerja dibuang, perniagaan ditutup, bilangan mereka kemurungan, anak yang hanyut dengan gajet, masjid semakin sunyi, mereka membunuh diri, rumah tangga runtuh serta banyak lagi yang semakin membimbangkan Semua ini tidak ada statistik harian, tetapi masih perlu diambil berat oleh kita semua.Berhentilah seketika bercakaran berebut kuasa politik sebelum struktur masyarakat negara ini runtuh sepenuhnya.Tiada gunanya jika yang diwarisi nanti hanyalah sebuah tamadun yang hancur dari kerakusan kuasa tangan-tangan pemimpin kita sendiri.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

EUR/USD to reach 1.15 by late 2023 – Deutsche Bank

Economists at Deutsche Bank see the S&P 500 at 4500 in the first half of next year while EUR/USD is likely to hit 1.15 by late...

OECD meningkatkan ramalan inflasi untuk ekonomi global

Bank pusat di seluruh dunia mesti teguh dalam perjuangan inflasi mereka walaupun ekonomi akan terjejas akibatnya, kata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).Organisasi itu...

Quang Ninh to become leading coastal Vietnam economic hub

The northern province of Quang Ninh has set an objective to become Vietnam’s leading ocean-economic hub in the future, according to a report on...

Analisa Teknikal GbpJpy 28 November 2022

GbpJpy di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini sepertinya ingin membuat pertukaran daripada Uptrend kepada Downtrend. Harga ketika ini berada dibawah Resistance semasa dimana...

Analisa Teknikal Gold 28 November 2022

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Kedudukan harga ketika ini dalam kedudukan Uptrend. Ketika ini harga berada diatas Major Support semasa. Harga sepertinya akan turun untuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here