35.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

MEASAT MUNGKIN AKAN MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN

Date:

Share:

Sebelum ini telah dilaporkan tentang status satelit MEASAT-3 yang disahkan akan ditamatkan perkhidmatannya selepas berlaku satu insiden yang menyebabkan kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3 telah berlaku.

Akibatnya insiden itu menyebabkan berlaku gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan yang bergantung terhadap satelit tersebut seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Sehingga kini, MEASAT masih menjalankan siasatan bersama dengan pembangun satelit tersebut iaitu Boeing Satellite Systems (“BSS”) bagi mengetahui punca sebenar insiden tersebut.

Tetapi kini terdapat laporan yang mendakwa masalah satelit MEASAT-3 adalah berpunca daripada bahan sumber bakarnya yang habis lebih awal dari tempoh yang dijangkakan oleh pihak MEASAT

Dakwaan itu dibuat oleh sumber dari pihak insurans yang menjangka pihak MEASAT mungkin akan membuat tuntutan insurans MEASAT-3.

We assume they are going to file an insurance claim, we don’t know for sure, and the claim would be based on the fact that they thought they had more fuel than they did” Sumber dari pihak insurans.

Ura-ura jumlah tuntutan insurans yang akan dituntut oleh MEASAT adalah dianggarkan sekitar $45 juta yang dijangka akan membebankan pihak insurans nanti.

MEASAT-3 sudah pun berkhidmat selama hampir 15 tahun sejak ia dilancarkan pada 12 Disember 2006 dahulu. Jadi, ia sudah hampir ke penghujung hayat perkhidmatannya.

Satelit MEASAT-3 itu dijangka akan digantikan dengan satelit terbaru pada awal tahun 2022 nanti dengan satelit MEASAT-3d.

Sumber: Space News

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here