27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Megat Zaharuddin letak jawatan dalam lembaga pengarah Sapura Energy

Date:

Share:

Sapura Energy Bhd mengumumkan bahawa Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif syarikat itu berkuat kuasa esok.

Sapura Energy dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, tokoh korporat berusia 73 tahun itu meletak jawatan untuk mengejar kepentingan lain.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu menambah, beliau juga akan berhenti menjadi pengerusi jawatankuasa pencalonan serta imbuhannya pada 7 Mei.

Baru-baru ini, Sapura Energy telah melantik Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi baharu, berkuat kuasa 7 Mei 2022 bagi menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang akan bersara pada tarikh yang sama, apabila mencapai usia 70 tahun.

Permodalan Nasional Bhd (PNB), pemegang saham terbesarnya dengan 12.16 peratus kepentingan ekuiti berkata ia menantikan kepimpinan Mohammad Azlan dalam mengemudi Sapura Energy melalui proses penstrukturan semula dan pemulihan syarikat.

Sapura Energy melaporkan kerugian bersih sebanyak RM8.90 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 berbanding kerugian bersih berjumlah RM160.87 juta pada tahun sebelumnya.

Pada tahun kewangan 2022, firma berkenaan telah membuat peruntukan untuk rosot nilai muhibah atas penyatuan sebanyak RM3.29 bilion serta peruntukan rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM2.32 bilion.

-BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here