26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Menteri Malaysia akan guna kereta elektrik mulai tahun 2023

Date:

Share:

Ekosistem kenderaan elektrik semakin berkembang di Malaysia dengan beberapa inisiatif sedang diusahakan daripada beberapa pemain-pemain industri seperti TNB dan PLUS dalam membangunkan stesen pengecasan di seluruh lebuh raya negera.

Kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan eletrik (EV) kepada semua jemaah Menteri, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas beliau, penggunaan kenderaan elektrik itu akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

“Mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, butiran mengenai penggunaan kenderaan EV itu masih belum diputuskan.

“Secara butirannya belum diputuskan lagi oleh kerana tidak banyak lagi kereta elektrik, maka kosnya agak tinggi tapi bila penggunaan lebih banyak kos akan jadi lebih murah.

“Isu kita ialah tempat pengecas, jadi kita terpaksa sediakan fasiliti dahulu di mana stesen pengecaman kena dibina,” katanya. – MalaysiaGazette

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here