26.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

MYAirline henti operasi tiba-tiba,125’000 penumpang terjejas

Date:

Share:

SYARIKAT penerbangan MYAirline mengumumkan penggantungan operasi berkuat kuasa 12 Oktober 2023.

Ia akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berikut 10 info berkaitan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah berkenaan:

1-Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, MYAirline yang diasaskan pada 2021 mengambil keputusan sukar susulan tekanan kewangan.

2-Tidak hanya itu, ia menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat penerbangan itu.

3-Lembaga Pengarah, MYAirline menyatakan kekesalan dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan berkenaan.

4-“Kami memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi. Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini.”

5-Sementara itu, pihaknya menasihatkan penumpang yang terjejas supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari alternatif ke destinasi mereka.

6-Katanya, Lembaga Pengarah, pemegang saham dan kami semua di MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini, tidak dapat komited pada sebarang garis masa.

7-Memahami kesulitan yang mungkin timbul, MYAirline menyatakan komited untuk membantu para pelanggan melalui situasi ini.

8-Kepada pelanggan yang terkesan daripada penggantungan MYAirline boleh menghubungi [email protected] untuk dibantu.

9-Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata MYArline menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada Kementerian Pengangkutan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi berkenaan menyediakan sebarang bantuan.

10-MYAirline sebelum ini dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd. Syarikat penerbangan tambang rendah yang beribu pejabat di beribu pejabat di Subang Jaya, Selangor itu memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Disember 2022 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 259 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 259. Dapatkan naskah MFM edisi ke 259 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Broker Justmarkets Refund Deposit Trader

Insiden berlaku pada pagi Isnin, 13 November 2023, di mana seorang trader melaporkan kerugian besar akibat daripada gangguan pada carta Justmarkets. Ketika kejadian, individu...

Blockchain Festival Asia 2024: Uniting the World’s Leading Innovators in BlockchainTechnology

Blockchain enthusiasts, investors, and industry leaders will converge in acelebration of technological innovation and the future of blockchain at the highly anticipatedBlockchain Festival Asia,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 258 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 258.Dapatkan naskah MFM edisi ke 258 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

USD/JPY berdagang dengan kerugian harian sederhana sekitar pertengahan 150.00s, kekurangan jualan susulan

USD/JPY kekal dalam defensif untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah USD yang menurun.Pertaruhan bahawa Fed telah selesai dengan kitaran kenaikan kadarnya terus membebankan wang.Pendirian...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here