Pernahkah anda terfikir mata wang manakah yang paling tinggi di dunia ? Jawapannya ialah dinar Kuwait atau KWD yang telah melangkaui dollar AS.

Kuwait Dinar

Ini kerana satu dinar Kuwait berharga kira-kira 3,3 dolar pada 2021. Kuwait terletak di pantai Teluk Parsi. Negara ini mempunyai ekonomi berasaskan minyak yang kaya dan merupakan ahli OPEC.

Jika dilihat daripada pertukaran di antara Dinar Kuwait dan Ringgit Malaysia, ianya menunjukkan nilai yang begitu besar iaitu :

  • 1 KWD = 3.26 USD (Dinar Kuwait kepada Dollar AS)
  • 1 KWD = 2.80 EUR (Dinar Kuwait kepada Euro)
  • 1 KWD = 13.61 MYR (Dinar Kuwait kepada Ringgit Malaysia)

Nilai mata wang negara itu begitu tinggi kerana aktiviti eksport minyak yang begitu penting buat dunia global. Malahan Kuwait juga adalah negara kecil dengan ekonomi yang begitu besar. Hal ini demikian kerana negara itu bergantung kepada ekonomi berasaskan petroleum, pengeluaran dan eksport minyak yang sangat maju. Dengan itu, Kuwait boleh dianggap sebagai salah satu negara terkaya di dunia.

Tambahan lagi, dinar Kuwait diikuti oleh Dinar Bahrain (BHD) dan Rial Oman (OMR) juga adalah dalam senarai mata wang paling mahal di dunia. Dinar Bahrain adalah mata wang kedua paling tinggi nilainya di dunia. Kod rasmi bagi mata wang negara ini adalah BHD. Ianya juga menunjukkan nilai yang besar apabila ditukar dengan mata wang lain.

Bahrain Dinar
  • 1 BHD = 65 USD (Dinar Bahrain kepada Dollar AS)
  • 1 BHD = 2.27 EUR (Dinar Bahrain kepada Euro)
  • 1 BHD = 11.06 MYR (Dinar Bahrain kepada Ringgit Malaysia)

Bahrain adalah sebuah negara yang terletak di Teluk Parsi dengan populasi seramai 1 juta penduduk. Bahrain sama sahaja seperti Kuwait di mana ianya juga sangat bergantung kepada industri minyak.

Seterusnya, mata wang ketiga yang paling tinggi di dunia ialah Oman. Oman merupakan sebuah negara yang terletak di semenanjung Arab. Oleh kerana lokasinya yang strategik, negara itu dilimpahi dengan ekonomi yang maju serta taraf hidup yang tinggi. Kod rasmi bagi mata wang riyal Oman adalah OMR.

Oman Rial
  • 1 OMR = 2.60 USD (Riyal Oman kepada Dollar AS)
  • 1 OMR = 2.23 EUR (Riyal Oman kepada Euro)
  • 1 OMR = 10.84 MYR (Riyal Oman kepada Ringgit Malaysia)

Akibat daripada nilai mata wang yang begitu tinggi, kerajaan Oman terpaksa mengeluarkan wang kertas dengan nilai 1/4 dan 1/2 riyal.

Berdagang KWD di JF
Trade KWD di broker JF, gandakan keuntungan anda tiga kali lipat….nak tau?
Hubungi kami di bawah :
http://JUSTFOREXlocaldepo.wasap.my