Bitcoin gagal mengekalkan peningkatan yang direkodkan pada hujung minggu dengan penganalisis mempersoalkan sama ada matawang krypto itu mengukuh dengan terlalu pantas.
.
Harga susut sehingga 8.2% sewaktu sesi dagangan Eropah, kembali ke sekitar $53,000. Matawang krypto yang terbesar di dunia itu telah mencatatkan peningkatan yang luar biasa pada bulan ini, sebahagian besarnya dipacu oleh pembelian oleh Tesla Inc. dan pelabur institusi yang mengatakan Bitcoin adalah alternatif menarik kepada emas dan dolar AS.
.
Pada bulan Februari sahaja, Bitcoin telah meningkat lebih 60%. Ia merekodkan harga tertinggi pada hari Ahad dan hampir melepasi paras $59,000.
.
Namun menurut Neil Wilson, ketua penganalis Markets.com, pelabur-pelabur baru Bitcoin perlu bersedia menghadapi naik turun yang besar dan harga untuk jatuh secara tiba-tiba seperti mana mereka naik sebelum itu.