25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

PEDAGANG MATAWANG DITAHAN DAN DIJATUHKAN HUKUMAN MATI!

Date:

Share:

Jika di negara kita dagangan matawang bebas dilakukan secara fizikal, terdapat sebuah negara yang melarang rakyatnya terlibat dalam sebarang aktiviti tukaran matawang asing.

Di Malaysia, anda boleh membuat tukaran matawang asing secara fizikal dengan mudah. Terdapat banyak kaunter tukaran matawang yang disediakan oleh pedagang matawang yang menjadikan industri ini sebagai satu bentuk perniagaan.

Kaunter tukaran matawang asing di Malaysia

Ianya menguntungkan kerana permintaan yang sentiasa wujud atas keperluan yang pelbagai seperti pelancongan, perniagaan atau simpanan, dan pedagang matawang mengaut keuntungan melalui cas yang dikenakan atas setiap transaksi tukaran matawang. Bertuah kita lahir di Malaysia.

Tetapi tahukah anda, terdapat sebuah negara yang melarang aktivti tukaran matawang asing, dan jika anda ditangkap, anda akan dihukum!.

HUKUMAN BUNUH TERHADAP PEDAGANG MATAWANG

Mengejutkan bukan. Tetapi ianya berlaku di KOREA UTARA, sebuah negara yang boleh dikatakan “pelik” di era moden ini. Dilaporkan beberapa individu di sana terlibat dengan secara haram mengendalikan perniagaan transaksi tukaran matawang US Dollar kepada Nort Korea won – matawang rasmi mereka.

Kumpulan ini ditangkap oleh pihak berkuasa, dan menurut laporan perisikan Korea Selatan, dilaporkan seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah pun dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun ini.

Sumber berita di sini: https://www.abc.net.au/radionational/programs/breakfast/north-korea-executes-currency-trader/13016988

NORTH KOREA WON (KPW) MATAWANG RASMI KOREA UTARA

Matawang Korea Utara

KPW adalah singkatan kepada matawang rasmi Korea Utara. Dan ianya hanya wujud di negara Korea Utara sahaja. Pelancong tidak dibenarkan untuk membawa keluar matawang tersebut kembali ke negara asal. Jika anda berhajat untuk ke Korea Utara, anda hampir mungkin tidak akan melihat matawang negara tersebut, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan matawang Euro, Chinese RMB atau US Dollar di sana.

Kenapa?. Kerana kerajaan Korea Utara tidak menginginkan anda memilik matawang mereka, jauh sekali daripada membenarkan anda membawa keluar matawang tersebut kembali ke negara asal, walaupun atas tujuan untuk cenderamata sahaja!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here