25 C
Kuala Lumpur
spot_img

Pelabur asing masih meneruskan larian dari Bursa Malaysia

Date:

Share:

Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran keluar dana asing minggu lalu, menjadikannya minggu keenam berturut-turut.

Namun begitu, nilai yang dicatatkan dalam minggu dagangan yang singkat berikutan cuti umum gantian sambutan Aidiladha (pada Isnin) berkurangan kepada RM28 juta berbanding aliran keluar bersih RM120.55 juta pada minggu sebelumnya.

Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya hari ini, MIDF Research yang adalah sebahagian daripada MIDF Amanah Investment Bank berkata pelabur asing adalah pembeli bersih pada Selasa dan Khamis, masing-masing mencatatkan RM21.9 juta dan RM49.6 juta, mengimbangi aliran keluar sebanyak RM81.9 juta pada hari Rabu dan RM17. 6 juta pada Jumaat lalu.

“Institusi tempatan kembali menjadi penjual bersih dengan merekodkan RM25.1 juta selepas belian bersih untuk dua minggu. Mereka adalah penjual bersih iaitu sebanyak RM60.4 juta pada Selasa dan RM48.5 juta pada Khamis sementara belian bersih dicatatkan pada hari Rabu dan Jumaat masing-masing pada RM47.9 juta dan RM36 juta.

“Peruncit tempatan mengekalkan pembelian bersih mereka untuk minggu keenam berjumlah RM53.1 juta. Mereka membeli RM72.5 juta bersih pada hari Selasa dan Rabu sebelum menjual sebanyak RM19.5 juta untuk dua hari berikutnya,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research berkata sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 17 daripada 28 minggu bagi tahun 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih RM5.94 bilion manakala institusi tempatan adalah penjual bersih selama 21 daripada 28 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM7.84 juta.

Peruncit tempatan pula menjadi pembeli bersih bagi 19 daripada 28 minggu tahun 2022.

Bagi tahun 2022, setakat ini mereka telah menjadi pembeli bersih dengan merekodkan sebanyak RM1.9 bilion.

Dari segi penyertaan, terdapat penurunan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam semua kelas pelabur. Pelabur runcit menyaksikan penyusutan sebanyak 26.26 peratus manakala pelabur institusi dan asing menyaksikan penurunan dalam ADTV, masing-masing sebanyak 25.51 peratus dan 25.94 peratus.

Berdasarkan sektoral, MIDF Research berkata tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar bersih oleh pelabur asing ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM51.7 juta), teknologi (RM40.4 juta) dan perladangan (RM22.3 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran masuk bersih ialah penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan dan produk dan perkhidmatan pengguna masing-masing mencatatkan RM71.7 juta, RM35.5 juta dan RM16.6 juta,” tambahnya.

Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal UsdCad 31 Januari 2023

UsdCad di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan downtrend. Harga sepertinya akan cuba untuk retest semula di Resistance berhampiran sebelum turun...

Analisa Teknikal Gold 31 Januari 2023

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini harga sedang membuat sesi Retracement dimana harga telah sampai...

AEON Credit buat pinjaman bank RM600 juta

AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLLs) berjumlah RM600 juta buat pertama kalinya daripada dua perbankan Jepun dan sebuah...

Ringgit merosot, RM4.26 berbanding satu dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah tekanan daripada perkembangan luaran termasuk sekitar pertukaran asing Asia (FX), harga minyak...

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Dipanggil Mengadap Kongres AS

Ketua Eksekutif TikTok Shou Zi Chew akan hadir di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan AS pada 23 Mac untuk memberi keterangan mengenai kebimbangan privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here