26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Pembangkang cadang kerajaan supaya beri subsidi kepada penternak babi

Date:

Share:

Menurut laporan akhbar-akhbar di Malaysia pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak minggun lalu,Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mencadangkan supaya kerajaan negeri Perak memberikan subsidi kepada penternak babi berikutan harga daging tersebut kian meningkat.

Chong Zhemin (DAP-Keranji) berkata, sehingga kini terdapat enam kali kenaikan harga dalam tempoh enam bulan bagi daging tersebut.

Menurutnya, sebelum ini harga bagi 100 kilogram (kg) daging babi adalah RM700 tetapi kini meningkat kepada RM1,200 dalam tempoh enam bulan.

“Penternak babi ini pun susah juga, dalam masa enam bulan harga naik enam kali. Jadi kenapa mereka ini tidak dibantu?

“Saya cadangkan bagi setiap kg daging diberikan subsidi untuk membantu penternak,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Soalan Lisan sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima DUN Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Isu pemberian subsidi dan bantuan kepada penternak babi turut dibangkitkan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinjir).

Sementara itu, menjawab kepada soalan dikemukakan, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakarian menjelaskan setakat ini tiada sebarang rungutan diterima daripada penternak babi mengenai kenaikan harga tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempunyai rancangan untuk menyediakan sebarang pakej bantuan kepada penternak haiwan tersebut.

“Daging khinzir bukanlah makanan keperluan keseluruhan rakyat.

Setakat ini kadar sara diri pengeluaran (SSL) bagi daging babi di negeri ini ialah 284 peratus iaitu melebihi keperluan.

“Ia berbeza dengan daging ayam.

Sebab itu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengambil tindakan mengawal harga ayam dan memberikan subsidi,” katanya.

Menjawab soalan lisan dikemukakan Zhemin mengenai usaha kerajaan negeri untuk membantu penternak-penternak mengurangkan kos, Razman menjelaskan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera untuk sektor ternakan melalui bantuan kepada penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan merupakan pengusaha secara kecil-kecilan.

Jelasnya, pakej tersebut merangkumi bantuan daripada sudut penyediaan kursus dan pemberian peralatan secara percuma kepada peserta.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersama MAFI telah melaksanakan pelbagai bantuan dan inisiatif khususnya dalam sektor ternakan untuk jangka masa panjang dan pendek.

Jelasnya, antara bantuan diberikan kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) adalah menyediakan peruntukan bagi penanaman rumput di kawasan padang ragut dengan penyediaan RM300 kepada setiap penternak secara sekali bayar.

Beliau berkata, kerajaan juga meneruskan program Skim Rezeki Ternak yang bertujuan membantu penternak kecil meningkatkan hasil pendapatan mereka. –SINAR


Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here