25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENERBIT RANCANGAN TV RUGI DITIPU SINDIKET PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

Date:

Share:

KUANTAN – Kerana tertarik dengan pulangan pelaburan berkali ganda dalam tempoh singkat mendorong seorang penerbit rancangan TV untuk mencuba menyertai pelaburan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook pada awal Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 31 tahun melabur sebanyak RM8,550 namun selepas bayaran dibuat, dia gagal menerima pulangan hasil keuntungan dalam tempoh dijanjikan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Khamis setelah mengesyaki ditipu.

Mohd Wazir berkata, pelaburan itu ditawarkan dengan modal serendah RM400 dan mangsa dijanjikan pulangan sehingga RM8,600 dalam tempoh tiga jam serta RM16,200 selepas enam jam.

Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa, dia meninggalkan nombor telefon pada iklan tersebut sebelum dihubungi individu mendakwa broker pelaburan saham.

“Mangsa ditawarkan beberapa pelan namun memilih pelan A dengan modal serendah RM400 sebelum menambah pelaburannya sehingga RM8,550 dan membuat lapan transaksi bayaran melalui satu akaun bank atas nama seorang wanita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Pemilik akaun bank digunakan dalam kes ini sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

SUMBER : SINAR HARIAN

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Declassified investigation report finds Zahid changed LCS design against Royal Malaysian Navy’s wishes

Former defence minister, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, changed the design of the littoral combat ships (LCS) from Sigma to Gowind in 2011, contrary...

Muat turun laporan penuh audit LCS

Kabinet telah bersetuju untuk mendedahkan laporan audit LCSKabinet pada Rabu (17 Ogos) secara prinsip bersetuju supaya laporan audit forensik projek kapal tempur pesisir...

EUR/CHF kekal menurun, diramalkan pada 0.93 dalam 12M – Danske Bank

Bank Negara Switzerland berkemungkinan akan menaikkan kadar utama sebanyak 05 mata asas sekali lagi pada bulan September dan Disember menurut penganalisis di Danske Bank....

Mahkamah Myanmar memenjarakan Aung San Suu Kyi selama enam tahun kerana rasuah

Mahkamah di Myanmar yang diperintah tentera menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi pada Isnin (15 Ogos) selepas...

AUD/USD menjunam di bawah 0.7000 berikutan Jualan Runcit AS yang optimistik, Upah Aussie yang lemah & fokus minit mesyuarat FOMC

AUD/USD merosot lebih daripada 1.40% pada hari Rabu disebabkan Indeks Harga Upah (WPI) Australia yang lebih sejuk daripada jangkaan.Penghindaran risiko memastikan pelabur cenderung kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here