32.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENGASAS HONG LEONG KINI JUTAWAN TERKAYA MALAYSIA

Date:

Share:

KUALA LUMPUR : Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan yang mempunyai nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion) dimana beliau adalah jutawan yang paling kaya di Malaysia selepas Majalah Forbes menyenaraikan Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Ini diikuti oleh T Ananda Krishnan dan pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow. Selain itu jutawan sarung tangan juga turut tersenarai iaitu Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon dan keluarganya serta pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Jutawan lain termasuk Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay dan hartawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Senarai Jutawan Majalah Forbes ke-35 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu ketika dunia berhadapan cabaran ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

Pengasas MR DIY Group (M) Bhd, Tan Yu Yeh dan adiknya, Tan Yu Wei adalah antara yang termasuk dalam senarai jutawan baharu di dalam Majalah Forbes pada tahun ini.

Nilai kekayaan bersih Yu Yeh dianggarkan kira-kira AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) manakala Yu Wei pula dianggarkan AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Adik beradik itu menyertai Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Tan Sri G Gnanalingam dan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee.

Senarai Jutawan Majalah Forbes ke-35 menganggarkan nilai kekayaan bersih Gnanalingam kira-kira AS$1.7 bilion (RM7 bilion), manakala Eng Kee, yang mengasaskan syarikat pengeluar peralatan automasi kilang di Pulau Pinang mempunyai kekayaan bersih AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

MR DIY, yang disenaraikan di Pasaran Utama pada Oktober tahun 2020, adalah tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Bursa Malaysia sejak tahun 2017.

Ia mempunyai permodalan pasaran RM10 bilion, dengan penyenaraian itu menjana kira-kira sebanyak RM1.5 bilion daripada pelabur institusi dan runcit.

Daripada harga tawaran RM1.60 pada Oktober, saham MR DIY telah melonjak lebih dua kali ganda setakat ini.

Di peringkat global, CEO Amazon, Jeff Bezos yang akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi akan kekal mengungguli di dalam senarai jutawan terkaya dunia buat tahun keempat berturut-turut.

Ini diikuti oleh CEO Tesla, Elon Musk dan CEO LVMH Moët Hennessy iaitu pemilik jenama mewah LV, Bernard Arnault.

Diantara lima jutawan terkaya dunia yang lain adalah Bill Gates dan Mark Zuckerberg.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Menteri Malaysia akan guna kereta elektrik mulai tahun 2023

Ekosistem kenderaan elektrik semakin berkembang di Malaysia dengan beberapa inisiatif sedang diusahakan daripada beberapa pemain-pemain industri seperti TNB dan PLUS dalam membangunkan stesen pengecasan di seluruh lebuh raya negera.Kerajaan...

WHO kesal pembunuhan monyet di Brazil akibat kebimbangan terhadap cacar monyet

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal di atas pembunuhan monyet-monyet di Brazil disebabkan perasaan takut orang ramai terhadap jangkitan cacar monyet.Portal berita Brazil G1 pada...

Russia halts U.S. nuclear inspections;Joe Biden ratifies Finland and Sweden’s NATO membership

Moscow's suspension of U.S. inspections of its nuclear weapons facilities, part of a mutual inspection agreement under the 2010 New Start Treaty, represents a...

Elon Musk sells $7bn of Tesla stock ahead of court fight with Twitter

Tesla CEO Elon Musk is at it again selling shares of his electric vehicle company, per regulatory filings. Since Friday, the executive has sold...

Menteri Buruh Thai desak kenaikan gaji minimum diawalkan pada Oktober

Menteri Buruh Thailand,Suchart Chomklin berkata pada hari Selasa beliau mahukan kenaikan gaji minimum harian sebanyak 5-8% daripada sekarang bermula pada 1 Okt berbanding...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here