28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBAYAR ‘ONE-OFF’ MULAI 20 APRIL MELALUI PORTAL KHAS

Date:

Share:

Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, boleh membuat permohonan melalui portal khas.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.

“Dalam pengumuman pada 16 Mac lalu, KWSP memaklumkan permohonan untuk pengeluaran itu akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun, bermula 1 April ini dan tempoh permohonan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April ini.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka serta perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

“Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan,” kata KWSP.

Kenyataan itu memaklumkan, pencarum boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

“Pengeluaran khas ini bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu,” katanya.

KWSP memaklumkan, pencarum boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal EurJpy 30 Disember 2023

EurJpy di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Sideways. Harga sepertinya ingin membuat Chart Pattern W shape. Jika ini yang berlaku,...

Analisa Teknikal AudUsd 30 Januari 2023

AudUsd di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini, harga akan membuat sesi Retracement dahulu dan mungkin akan...

Analisa Teknikal GbpUsd 30 Januari 2023

GbpUsd Di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Untuk ketika ini, harga masih gagal untuk break dan close diatas Resistance...

Ringgit melonjak naik tujuh hari berturut-turut

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2410/2475 pada Jumaat minggu lalu.Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan...

Perlindungan Data Peribadi Malaysia di tahap 5 terburuk daripada 47 negara

Comparitech, sebuah laman web teknologi British, menerbitkan penilaian perlindungan privasi dan pengawasan negeri di 47 negara untuk mengkaji di mana kerajaan gagal melindungi privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here