27.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENINGKATAN BERTERUSAN HARGA MINYAK GLOBAL MINGGU INI

Date:

Share:

Harga minyak meningkat mendadak pada tahun ini dan berterusan berlaku pada minggu ini. Kejatuhan stok simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap sumber tenaga tersebut di pasaran pada ketika ini.

US Oil didagangkan tinggi pada hari ini pada harga sekitar $58.10 per barrel berbanding $51.00 per barrel pada awal Februari yang lalu. Manakala UK Oil pula didagangkan tinggi pada paras sekitar $60.80 per barrel pada hari ini. Lonjakan tinggi bermula pada tahun ini setelah harga menjunam teruk pada awal tahun lalu.

Menurut laporan daripada American Petroleum Institute, inventori simpanan minyak mentah di pasaran Amerika pada minggu lalu menurun sebanyak 3.5 juta tong, penurunan yang berterusan sejak beberapa minggu yang lalu.

Goldman Sachs berpendapat bahawa permintaan terhadap minyak mentah ini akan terus meningkat menjelang tahun 2022 dan menjangkakan harga akan terus meningkat melepasi paras $60.00 setong. Kerajaan A.S melaporkan akan meningkatkan jumlah penawaran minyak mentah ke dalam pasaran bagi memenuhi permintaan yang terus positif.

Negara pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi mengurangkan pengeluaran minyak mentah ke dalam pasaran pada bulan ini, dan pada Mac nanti negara OPEC (Organization od the Petroleum Exporting Countries) dijangka akan terus menghadkan jumlah pengeluaran minyak mentah bertujuan untuk mengimbangkan kembali penawaran dan permintaan di dalam pasaran sekaligus menstabilkan harga.

Faktor program vaksinasi yang meluas sedang berjalan pada ketika ini menambah optimism pasaran terhadap pemulihan ekonomi yang lebih baik pada tahun ini, sekaligus meyakinkan pelabur untuk lebih aggresif dalam membuat pelaburan di dalam pasaran kewangan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Lebih $2 juta aset dibekukan daripada trio ‘Meta Trade4’

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh telah memerintahkan rampasan $2,256,000 aset milik 3 orang yang menjalankan penipuan pertukaran asing yang didakwa menipu.Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here