14th Dec. – Intonasi positif rundingan terkini BREXIT di antara Kesatuan Eropah dan negara United Kingdom pada hari Ahad semalam memberi nafas baharu kepada nilai matawang Great Britain Pound Sterling (GBP) minggu ini.
Minggu lalu, matawang GBP mencatatkan kejatuhan mengejut apabila rundingan BREXIT tegang di mana tiada kata putus dicapai oleh kedua-dua belah pihak. 2 minggu rundingan yang tegang di mana kedua-dua belah pihak mengambil pendirian tegas untuk tidak tunduk kepada mana-mana desakan dan kekal dengan tuntutan masing-masing.
Walaubagaimanapun, pada Ahad lepas kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju untuk mengendurkan sedikit rundingan dan bersepakat untuk mencari titik damai secepat mungkin dan mengakhiri drama geopolitik ini yang berlarutan hampir 4 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=gYwB-ouzqik
EU Commission President, Ursula von der Leyen melalui kenyataan akhbar rasmi terkini mengesahkan perkara ini yang disokong oleh Perdana Menteri United Kingdom, Borris Johnson. Kedua-dua bersepakat untuk terus berunding dan menjangkakan tarikh 31 Disember sebagai tempoh sasaran bagi mencapai kata sepakat yang terbaik.
Dari sudut nilai matawang negara yang terlibat, iaitu GBP dan Euro, beberapa minggu lalu mencatatkan pengukuhan matawang Euro berbanding GBP dimana pair EUR/GBP melonjak tinggi dalam masa 3 minggu berturut-turut. Pada awal November 2020, harga EUR/GBP berada pada paras sekitar 0.88700 dan pada minggu lalu harga mencecah ke paras 0.92300.
Berbeza di pair GBP/USD, peningkatan nilai GBP berbanding US Dollar sejak Mac 2020. Kelemahan ketara pada matawang US Dollar jelas berlaku sejak Federal Reserve mengambil keputusan drastik untuk memilih polisi kewangan yang lemah bagi meransang ekonomi yang teruk terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda global.
Pair GBP/USD kini berada pada paras 1.32200 dan berkemungkinan akan terus melonjak ke paras 1.3600, menghampiri paras semasa BREXIT 2016 berlaku.
Sertai webinar ShowFx World terakhir pada tahun 2020 bersama dengan pengasas e-majalah forex mingguan “Majalah Forex Malaysia” – Ahmad Faizuddin!
Terdapat 5 asas penting dalam dagangan Forex iaitu:
A. Ilmu analisa pasaran
1. Analisa fundamental
2. Analisa teknikal
3. Analisa sentimen
B. Ilmu kemahiran dagangan
1. Kemahiran mengawal akaun dagangan
2. Menguasai emosi semasa dagangan
Webinar in amat sesuai dengan mereka yang baru berdagang dan mereka yang mahu mengulangkaji ilmu mereka berkaitan dengan 5 aspek penting dalam dagangan forex.
Setiap peserta berpeluang memenangi bonus dagangan AS $ 1,000, AS $ 2,000 atau telefon pintar berjenama iPhone!
Untuk menyertai webinar secara percuma, anda boleh klik di bawah.