29 C
Kuala Lumpur
spot_img

Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini

Date:

Share:

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini iaitu RM5 bilion lebih berbanding RM35 bilion yang diumumkan sebelum ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Liza Mustapha berkata, pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.

“Ia adalah unjuran jangka panjang dalam perbincangan yang kami ada dengan pemegang saham kami. Kami mengambil pandangan yang agak jauh (dalam) perbincangan kami, bukan setakat untuk 12 bulan akan datang tetapi katakanlah, sehingga ke 2030.

“(Mengenai persoalan) sama ada apa yang kami belanjakan untuk perniagaan baharu akan menjejaskan dividen, sebenarnya saya ingin katakan sebaliknya, kami mengatur (pendekatan) daripada atas ke bawah dalam peruntukan modal.

“Kami akan mengetepikan secara purata 20 peratus daripada perbelanjaan modal (capex) untuk perniagaan dan pelaburan baharu bagi mendapatkan tenaga baharu,” katanya kepada pemberita pada pengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2023 Petronas.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, syarikat minyak negara itu perlu memastikan keselamatan bekalan tenaga yang menggunakan hidrokarbon berterusan.

“Permintaan tenaga akan bertambah. Sistem (tenaga) baharu tidak akan wujud dalam tempoh satu atau dua tahun…kami perlu memastikan permintaan (semasa) terus ditangani,” katanya sambil menambah kumpulan itu perlu mengetepikan “penampan” bagi meneruskan perniagaan seperti biasa. – Bernama

Anda tidak sempat membaca?

Klik butang di bawah untuk mendengar artikel penuh di atas.

Subscribe kami di channel WhatsApp, Telegram dan Follow kami di Tiktok untuk mendapatkan lebih banyak info menarik.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here