29.1 C
Kuala Lumpur
spot_img

PM Anwar Ibrahim bentang Belanjawan Malaysia Madani 2023

Date:

Share:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di perkarangan Dewan Rakyat jam 3.53 petang dengan memakai baju Melayu berwarna biru.

Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Pembentangan belanjawan yang menjanjikan pelbagai pengumuman penting dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kepentingan rakyat daripada semua lapisan masyarakat itu, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen, radio tempatan dan media sosial.

Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 itu dibuat di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, dan akan dibahaskan di peringkat dasar selama enam hari bermula Isnin ini (27 Februari) sebelum sesi jawapan oleh menteri pada 8 dan 9 Mac.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 10 hari bermula 13 Mac.

Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober tahun lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Harga Emas: XAU/USD menempa laluan kenaikan harga melebihi $1,960 : FED, kegawatan perbankan jadi tumpuan

Harga emas bergelut untuk membalikkan penarikan semula hari sebelumnya dari bahagian atas YTD.Tajuk berita bercampur-campur tentang krisis perbankan, perasaan berhati-hati menjelang peristiwa penting bank...

Berdagang dan menang bersama AMarkets!

Pada 6 Mac, broker dalam talian global AMarkets melancarkan cabutan raffle MusimBunga berskala besar yang menawarkan emas bernilai sehingga $16,000! Setiappelanggan syarikat boleh menyertai...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 223 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 223.Dapatkan naskah MFM edisi ke 223 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

ANALISA TEKNIKAL EURJPY 17 MAC 2023

EURJPY DDI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA SECARA KESELURUHANNYA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND. HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM FASA RETRACEMENT. SAYA MASIH LAGI FOKUS...

ANALISA TEKNIKAL AUDUSD 17 MAC 2023

AUDUSD DI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND SECARA KESELURUHANNYA. UNTUK TREND SEMASA, HARGA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN RETRACEMENT ATAU...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here