27.2 C
Kuala Lumpur
spot_img

Produk Perubatan Mengandungi Ganja Mula Dibenarkan Tahun Depan – Khairy

Date:

Share:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan akan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.

Memetik laporan Utusan, perkara itu telah dimaklumkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin hari ini.

Menurut Khairy, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Difahamkan kajian itu mendapati bahawa wujudnya bukti penggunaan CBD boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Pun begitu, produk tersebut hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

“Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.

“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD.

“Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” katanya kepada pemberita dalam majlis Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre.

Jelasnya lagi, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.

Produk-produk itu juga akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.

“Tetapi yang penting, kita kena tengok kesahihan produk itu, kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.

“Malah, dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis,” ujarnya.

Khairy juga turut mendedahkan bahawa terdapat ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.

“Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa penyelidik dari Universiti Malaya untuk melaksanakan ujian klinikal bagi penggunaan CBD bagi penyakit untuk situasi perubatan tertentu.

“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.

“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” katanya.

Sementara itu, Khairy juga turut mendedahkan bahawa ada yang meminta beliau membenarkan penanaman ganja.

“Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit.

“Sekiranya penerimanya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.

“Ramai yang hantar usul nak buat ladang ganja dan sebagainya, tetapi kita belum sampai tahap itu. Satu demi satu dan buat masa ini produk CBD hanya preskripsi doktor dan bukan boleh dibeli di kaunter,” katanya. – UTUSAN

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

AUD/USD mengurangkan kerugian harian di tengah-tengah penurunan USD yang sederhana, mengekalkan tahap merah di bawah 0.6500

AUD/USD berada di bawah tekanan jualan yang diperbaharui pada hari Khamis di tengah-tengah permintaan USD yang meningkat semula.Pertaruhan kenaikan kadar Fed yang agresif mencetuskan...

Analisa Teknikal EurJpy 29 September 2022

Forecast EurJpy di TimeFrame Daily(D1).Analisa: Harga ketika ini masih dalam kedudukan Sideways dimana harga masih gagal untuk break dan close dibawah support semasa untuk...

Analisa Teknikal EurAud 29 September 2022

Forecast EurAud di TimeFrame Daily(D1).Analisa: Harga ketika ini dalam kedudukan Uptrend dimana sebelum ini harga berasa di kedudukan Downtrend akan tetapi harga telah berjaya...

Analisa Teknikal GbpJpy 28 September 2022

Forecast GbpJpy di TimeFrame Daily(D1).Analisa: Harga ketika ini masih dalam kedudukan Downtrend. Ketika ini harga masih berada dibawah SbR semasa menandakan bahawa sesi Downtrend...

USD: Who is helped and hurt by a strong dollar?

The value of the U.S. dollar is surging at a moment when there are few clear bright spots in the American economy.It's now the...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here