3rd Nov. – Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pemotongan kadar faedah semasa meraka kepada 0.10% berkuat kuasa hari ini. Penurunan daripada 0.25% kepada 0.10% adalah sesuatu yang telah dijangka oleh pelbagai pihak memandangkan situasi ekonomi negara Australia berad dalam keadaan yang lemah akibat penularan sejak penularan wabak Covid-19 pada tahun ini.
Langkah pemotongan kadar faedah adalah bertujuan untuk meransang pertumbuhan ekonomi. Dalam masa yang sama, RBA juga mengumumkan program “quantitative easing” dengan suntikan dana sebanyak $100 bilion. Dalam program ini, RBA akan merendahkan kadar faedah pinjaman kepada para peniaga dan juga isi rumah bagi membantu meransang kembali pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
RBA juga akan merancang untuk membeli $100 bilion bon kerajaan dalam masa 6 bulan.
Pengumuman dan tindakan yang diambil oleh RBA ini menyebabkan kejatuhan nilai Australian Dollar ke paras sekitar 0.7066 – 0.7040. Tindakan RBA ini bertujuan bagi mengawal nilai matawang AUD daripada terlalu meningkat. Nilai AUD yang lebih lemah akan lebih membantu pasaran eksport negara Australia sekaligus membantu memacu kembali pertumbuhan ekonomi melalui hasil eksport barangan ke luar negara.