29 C
Kuala Lumpur
spot_img

Ringgit berpatah balik kerana kebimbangan inflasi berterusan

Date:

Share:

Ringgit gagal mengekalkan keuntungan sebelum ini untuk mengakhiri hari dalam mod penurunan berbanding dolar AS berikutan suasana bertukar masam dengan data utama Amerika Syarikat (AS) dan angka inflasi daripada ekonomi utama kembali menjadi tumpuan.

Pada 6 petang hari ini, nota tempatan diniagakan pada 4.4250/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4220/4265 sewaktu ditutup pada Jumaat lepas.

Ahli ekonomi Bank Islam Bhd Firdaos Rosli berkata penurunan inflasi AS baru-baru ini masih dianggap tidak mencukupi untuk Rizab Persekutuan pivot.

“Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (pelarasan bermusim) dan Indeks Harga Pengguna, pada asas tahun ke tahun, kekal tinggi walaupun pengetatan agresif oleh bank pusat,” katanya kepada Bernama.

Minggu ini, AS akan mengeluarkan Indeks Harga Keyakinan Pengguna, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi dan Tuntutan Pengangguran Awal minggu 17 Disember, diikuti angka inflasi dari Malaysia, Singapura dan Jepun, manakala China juga akan mengumumkan Kadar Perdana Pinjaman Disember.

Firdaos berkata kenyataan hawkish yang ditetapkan oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell semasa mesyuarat bank pusat minggu lepas telah menyebabkan semua bank pusat utama memutuskan untuk meninggalkan “kelab 75 mata asas”.

Kedua-dua Bank Pusat Eropah dan Bank of England menaikkan kadar dasar masing-masing sebanyak 50 mata asas dalam mesyuarat Disember mereka.

“Bagaimanapun, kita mengambil maklum peningkatan kes Covid-19 di China kerana ia boleh mengganggu aktiviti ekonomi global.

“Justeru, kami menjangkakan ringgit diniagakan antara RM4.42 dan RM4.43 minggu ini,” katanya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4043/4104 daripada 5.3705/3760 pada penutupan Jumaat dan rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2633/2674 daripada 3.2531/2569 minggu lepas.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2515/2554 daripada 3.2230/2265 pada Jumaat lepas dan lemah berbanding euro kepada 4.7016/7069 daripada 4.6926/6974 sebelum ini. — Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here