27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Ringgit dijangka merosot sehingga RM5.70 berbanding Dolar – Ku Li

Date:

Share:

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa nilai ringgit kini mengalami ‘free fall’, malah mata wang negara dijangka terus merosot hingga RM5.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika tiada tindakan segera diambil bagi mengekang kejatuhannya.

Tengku Razaleigh berkata, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu dengan secepat mungkin kerana ia akan memberi kesan terhadap rakyat.

“Kebanyakan barang yang diimport terpaksa dibayar menggunakan dolar AS dan apabila dijual dalam negara dengan ringgit, pengguna perlu membayar harga lebih mahal.

“Kita nampak sekarang berlaku ‘free fall of the ringgit’ kerana kerajaan dilihat seolah-olah membiarkan ringgit jatuh. Ekonomi kita pun susah hendak diselamatkan. Pelaburan tidak akan datang dengan ringgit mengalami ‘free fall’ macam itu,” dakwanya.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan mesti bertindak kerana nilai ringgit diramalkan terus merosot hingga RM5.70 berbanding dolar AS.

“Kerajaan mesti bertindak, kalau tidak seolah-olah kita akan menyerah kepada keadaan lebih buruk daripada sekarang. Kerajaan tidak boleh lepas tangan atau berpeluk tubuh jika tidak mahu melaksanakan langkah menambat ringgit.

“Ini soal kehidupan rakyat dan harga barangan pula berada pada paras tinggi. Walaupun ringgit akan pulih, harga dijangka tidak turun semula dan itu tidak baik untuk rakyat serta ekonomi negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar AS kerana langkah itu tidak sesuai dengan keadaan semasa, malah ia tidak pernah dibincangkan pada peringkat Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, dipetik berkata Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menambat ringgit adalah tidak sesuai untuk negara. –BHNEWS

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here