26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble

Date:

Share:

RUSIA menetapkan penjualan gasnya akan menggunakan mata wang ruble khususnya kepada negara yang dianggap tidak mesra dengannya, sekali gus menolak naik harga gas dan minyak di Eropah.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, langkah itu sebagai balasan terhadap tindakan Barat membekukan aset milik Rusia.

“Saya telah memutuskan untuk melaksanakan satu set langkah untuk menukar pembayaran, secepat mungkin. Kita mulakan dengan menukar pembayaran untuk gas asli kita yang dibekalkan kepada negara yang dikatakan tidak mesra dengan Rusia, kepada ruble Rusia.

“Semua pengguna asing harus diberi peluang untuk membuat transaksi yang diperlukan, dan harus ada prosedur telus yang boleh difahami untuk mereka membuat pembayaran, termasuk prosedur pembelian ruble Rusia dalam pasaran pertukaran asing domestik kami.

“Saya sudah arahkan Bank of Rusia, bersama-sama dengan kerajaan, untuk menentukan prosedur bagi transaksi sedemikian dalam masa seminggu,” katanya dalam sidang video khas di Moscow pada Rabu.

Putin pada masa sama memberi jaminan bekalan akan terus disalurkan negara itu di sebalik sekatan ekonomi yang dikenakan Barat.

“Pada masa yang sama, saya ingin secara berasingan menekankan bahawa Rusia akan meneruskan dengan segala cara untuk membekalkan gas asli mengikut jumlah dan harga, mengikut prinsip penetapan harga yang ditetapkan dalam kontrak yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Negara Eropah bergantung besar kepada bekalan tenaga dari Rusia untuk kegunaan kilang dan rumah penduduk khususnya pada musim sejuk.

Sejak keputusan itu dibuat, harga pukal bagi gas di Eropah melonjak sehingga 30 peratus dan nilai ruble pula meningkat selepas kejatuhan mendadak pasca sekatan Barat.

Cabaran kini adalah buat Kesatuan Eropah untuk mencari jalan pembayaran yang lebih mudah memandangkan institusi kewangan blok itu dihalang dari berurusan dengan Rusia.

Pertukaran ini bermakna insititusi kewangan EU perlu mendapatkan ruble daripada pasaran domestik Rusia.

Setakat ini 40 peratus bekalan gas Eropah adalah dari Rusia namun ketika ini EU sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergentungan terhadap Rusia.

Namun Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebelum ini menegaskan, tidak ada satu sumber di dunia yang mampu mengantikan sumber minyak Rusia sebanyak 7 juta tong sehari.


Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here