27.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria

Date:

Share:

Rusia akan menghentikan bekalan gas asli ke Poland dan Bulgaria mulai hari Rabu, menurut syarikat tenaga dan pihak berkuasa.

Syarikat minyak dan gas negara Poland PGNiG berkata, syarikat tenaga Rusia, Gazprom akan menggantung bekalan gasnya ke Poland mulai petang Rabu.

PGNiG telah menerima surat daripada Gazprom yang mengumumkan penggantungan lengkap bekalan di bawah kontrak Yamal,” kata PGNiG dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, PGNiG juga memastikan bekalan gas ke Poland terjamin kerana ia mempunyai sambungan saluran paip dengan negara jiran dan terminal gas asli cecair (LNG) di barat laut negara itu.

Alasan yang diberikan oleh Gazprom ialah penolakan PGNiG terhadap pembayaran dalam rubel, menurut Agensi Akhbar Poland.

Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki mengesahkan notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas dan berkata, bekalan bahan api Poland mencukupi.

Rusia, yang pada masa ini meliputi hampir semua keperluan gas Bulgaria, juga akan menggantung bekalan gas ke negara Balkan itu pada hari Rabu, kata Kementerian Tenaga Bulgaria pada petang Selasa.

Moscow juga telah memaklumkan Bulgaria mengenai perkara ini lebih awal pada hari Selasa, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Bulgaria telah mengambil langkah pengaturan alternatif untuk bekalan gas asli dan menangani keadaan itu.

Pada masa ini, tiada langkah sekatan diperlukan untuk penggunaan gas di Bulgaria, tambahnya. – Xinhua

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Lebih $2 juta aset dibekukan daripada trio ‘Meta Trade4’

Mahkamah Perbandaran Phnom Penh telah memerintahkan rampasan $2,256,000 aset milik 3 orang yang menjalankan penipuan pertukaran asing yang didakwa menipu.Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here