27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

SAMBUTAN MERDEKA DAN FOREX, APA KAITANNYA?

Date:

Share:

Esok negara Malaysia akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah  ‘Malaysia Prihatin’ bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dalam mendepani pandemik Covid-19 yang memberi kesan yang mendalam kepada seluruh masyarakat.

MATAWANG YANG DIGUNAKAN SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, 63 tahun yang lalu. Apa yang berlaku kepada ringgit Malaysia sepanjang 63 tahun yang lalu?.

Sebelum merdeka,  matawang yang digunakan diberi nama Malaya And British Borneo Dollar.

<a href=httpedeen2012blogspotcom201206pameran wang sebelum dan selepashtml>httpedeen2012blogspotcom201206pameran wang sebelum dan selepashtml<a>

Setelah negara kita berjaya mendapatkan kemerdekaan, selepas tarikh Jun 1969, Bank Negara Malaysia mengeluarkan Ringgit Malaysia secara rasmi.

APA KAITAN MERDEKA DAN FOREX?

Forex kadar tukaran matawang di antara satu matawang dengan matawang lain. Nilai sesuatu matawang sentiasa naik dan turun. Apakah nilai RM1.00 semasa mula diperkenalkan pada tahun 1969, 51 tahun yang lalu?.

Berdasarkan graf di atas, apa yang boleh kita faham, semasa awal kemederdekaan negara kita, nilai RM disandarkan kepada US Dollar adalah pada sekitar 3.00 pada tahun 1969. Memasuki tahun 1980, pengukuhan nilai ringgit berlaku apabila harga berlegar sekitar 2.00. Lonjakan berlaku secara ketara apabila krisis kewangan Asia turut melanda negara kita. Nilai USD kepada RM melonjak ke paras tertinggi sepanjang zaman iaitu pada paras 4.80. Kini, harga dilihat stabil pada paras di antara 4.00 – 4.40.

APA BEZA RM1.00 AWAL KEMERDEKAAN DAN SEKARANG?

Jika pada tahun 1969, dengan hanya RM1.00, anda mampu untuk beli nasi lemak, beserta air teh tarik, malah jika di pendalaman nilai itu membolehkan anda untuk beli dua set nasi lemak dan air teh tarik sekaligus!.

Tetapi semakin lama, semakin susut nilai RM1.00. Kini anda mungkin hanya akan mampu membeli separuh cawan teh tarik sahaja!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here