28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Sapura Energy menang kontrak RM2.7 bilion

Date:

Share:

Segmen perniagaan penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan (E&C) Sapura Energy Bhd, menerusi anak syarikat milik penuh dan usaha samanya, memperoleh enam kontrak besar di rantau Asia Pasifik dan Atlantik dengan nilai digabungkan RM2.7 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata RM176 juta daripada nilai gabungan itu disumbangkan oleh syarikat usaha sama.

Sapura Energy berkata, segmen perniagaan penggerudian terus mendapat kontrak baharu di dalam persekitaran pasaran semasa dan kontrak itu dijangka meningkatkan kadar penggunaan asetnya, daripada lapan pelantar beroperasi, kepada 11 pelantar menjelang akhir tahun kewangan 2023.

“Sapura Drilling Asia Ltd menunjukkan keupayaannya untuk menunaikan janji di Thailand apabila ia dianugerahkan dengan tiga kontrak jangka panjang bagi pelantar penggerudian luar pesisir Sapura T-10, Sapura T-11 dan Sapura T-12 daripada PTTEP Energy Development Company Ltd,” katanya.

Kumpulan itu berkata, kontrak baharu daripada PTTEP itu akan bermula pada suku ketiga tahun kalendar 2022.

“Sapura Drilling juga dianugerahkan satu kempen penggerudian baharu di luar pesisir Malaysia,” katanya.

Bagi segmen E&C, Sapura Energy berkata ia telah mengukuhkan kehadiran di rantau Atlantik dengan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCI) dasar laut oleh Enauta Energia SA kepada Sapura Energy Do Brasil (SEDB) dan rakan konsortiumnya, Sapura Navegacao Marítima SA (SNM).

Ia berkata, kontrak itu adalah bagi pembangunan lapangan penuh diSantos Basin, luar pesisir Brazil.

Skop kontrak itu termasuk kerja membekal kapal sokongan paip, pemasangan injap dasar laut baharu, pam dasar laut, fleksibel, pelonjak dan pusat bagi tiga telaga baharu serta pemutus sistem pengeluaran awal sedia ada.

“Kontrak itu telah bermula pada suku pertama 2022 untuk tempoh 33 bulan dan dijangka menemui minyak pertama pada 2024,” katanya.

Selain daripada itu, ia berkata segmen E&C kumpulan dianugerahkan kontrak pengangkutan dan pemasangan oleh Hess Exploration And Production Malaysia BV, menerusi anak syarikatnya Sapura Offshore Sdn Bhd.

“Skop kerja termasuk mengangkut dan memasang saluran paip 51 kilometer, tiga pelantar wellhead, dua saluran paip fleksibel dan kemudahan dasar laut di pembangunan North Malay Basin,” katanya sambil menambah bahawa kontrak itu bermula pada suku kedua 2022 untuk lapan bulan, tidak termasuk tempoh jaminan.

-BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here