26.3 C
Kuala Lumpur
spot_img

SATU UCAPAN JANET YELLEN YANG MEMPENGARUHI PASARAN EKONOMI

Date:

Share:

Janet Yellen, satu figura penting ekonomi global, semalam membuat ucapan penting beliau bagi tahun 2021. Pastinya ucapan beliau ini menarik minat pemain-pemain dalam pasaran Forex, pasaran kewangan terbesar dunia. Siapakah Janet Yellen?.

Janet Yellen, wanita berpengaruh dalam ekonomi U.S

Janet Yellen merupakan bekas Pengerusi Federal Reserve (FEDS) yang ke-15, menyandang kerusi penting itu pada tahun 2014 sehingga 2018, satu-satunya wanita yang dilantik dalam sejarah Pengerusi FEDS.

Beliau sekali lagi disebut-sebut bakal dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan United States (menteri kewangan) di bawah pentadbiran Presiden baharu Joe Biden. Dalam kenyataan beliau semalam, beliau menegaskan sekiranya beliau mengisi posisi tersebut, antara perkara utama yang akan beliau lakukan adalah melakukan ransangan ekonomi besar-besaran.

Beliau turu menyentuh soal risiko hutang yang sedang ditanggung tetapi jika kerajaan A.S tidak berbelanja besar dalam suasana ekonomi semasa, risiko keruntuhan ekonomi adalah lebih besar. Kesan ucapan beliau, pasaran saham dilaporkan melonjak semalam. Dow Jones Index serta S&P 500 melonjak tinggi selepas ucapan beliau memberi keyakinan kepada pelabur terhadap masa depan pasaran A.S.

Dow Jones Index (US30) terus melonjak tinggi.

Pastinya kesan terhadap US Dollar bakal menjadi kerisauan pelabur dan pedagang matawang sekiranya A.S terus berbelanja besar pada ketika kadar hutang turut meningkat. Berkemungkinan nilai US Dollar tidak akan meningkat mendadak, terus berada pada paras rendah sehinggalah ekonomi kembali pulih dan kadar inflasi 2% dicapai oleh FEDS.

Graf penetapan kadar faedah oleh FEDS sejak tahun 2011-2021.

Berdasarkan pendirian terkini FEDS, kadar faedah semasa dijangka akan terus kekal di bawah 0.25% untuk beberapa tahun lagi, tidak akan berubah selagi mana ekonomi masih tidak mencapai pertumbuhan seperti yang disasarkan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Bank Dunia memberi amaran ekonomi global berisiko kehilangan dekad pertumbuhan

Ekonomi global berada dalam bahaya mengalami kehilangan dekad pertumbuhan, yang akan menjadi lebih teruk jika kegawatan kewangan semasa mencetuskan kemelesetan global, menurut penyelidikan baharu...

NZD/USD leans bearish in phase of consolidation

NZD/USD is consolidating at the start of the week in mixed risk sentiment. Poor performance on crosses suggests the Kiwi is still out of favour.NZD/USD...

Industri perbankan seluruh dunia sedang runtuh,industri hartanah seterusnya

Krisis perbankan semakin buruk.Untuk minggu ketiga berturut-turut, setiap minggu hanya menjanjikan spekulasi kosong untuk 'damage control' dan menjadi penentu bagi sektor perbankan, kerana pelabur...

ANALISA TEKNIKAL GOLD 27 MAC 2023

GOLD DI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA ASALNYA DALAM KEDUDUKAN UPTREND ATAU MENAIK, NAMUN KETIKA INI HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA...

ANALISA TEKNIKAL GBPUSD 27 MAC 2023

GBPUSD DDI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA SEBELUM INI MEMBUAT KENAIKAN ATAU UPTREND, NAMUN HARGA TIDAK BERJAYA BREAK DAN CLOSE DIATAS HIGHER HIGH SEMASA UNTUK...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here