25 C
Kuala Lumpur
spot_img

Scammer skim pelaburan tidak wujud berumur 23 tahun didakwa di mahkamah

Date:

Share:

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kedah, atas 22 pertuduhan menerima deposit berjumlah keseluruhan RM876,375 tanpa lesen sah, sejak April lalu.

Tertuduh, Norsyazwany A Rahim, 23, dari Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Najwa Che Mat.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menerima deposit daripada 22 individu secara berasingan, berjumlah di antara RM2,500 hingga RM489,000 tanpa lesen sah, mengikut Seksyen 10, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Tertuduh yang juga ibu kepada dua anak, didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berasingan sekitar Baling di antara 10 April hingga 2 Ogos tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 137(1) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Ikmal Affandi Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Salihen Mastor.

Pihak pendakwaan kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM214,000 ke atas tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, Mohamad Salihen memohon agar jaminan dikurangkan berikutan tertuduh hanya berniaga sambilan dengan pendapatan tidak menentu selain perlu menguruskan dua anak berusia dua tahun dan lapan bulan yang masih menyusu.

Najwa kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi 21 pertuduhan manakala satu pertuduhan ditawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan jumlah keseluruhan wang jaminan ialah RM115,000 bersama dua orang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan agar tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah serta menetapkan kes disebut semula pada 23 November depan.

Tertuduh bagaimanapun, gagal membayar jaminan dan dihantar ke Penjara Pokok Sena.

Sementara itu, Mohamad Salihen yang ditemui selepas prosiding, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan semakan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani terhadap jumlah jaminan yang ditetapkan hari ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal UsdCad 31 Januari 2023

UsdCad di Timeframe Daily.Forecast: Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan downtrend. Harga sepertinya akan cuba untuk retest semula di Resistance berhampiran sebelum turun...

Analisa Teknikal Gold 31 Januari 2023

Gold di Timeframe Daily.Forecast: Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sepertinya ketika ini harga sedang membuat sesi Retracement dimana harga telah sampai...

AEON Credit buat pinjaman bank RM600 juta

AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLLs) berjumlah RM600 juta buat pertama kalinya daripada dua perbankan Jepun dan sebuah...

Ringgit merosot, RM4.26 berbanding satu dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah tekanan daripada perkembangan luaran termasuk sekitar pertukaran asing Asia (FX), harga minyak...

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Dipanggil Mengadap Kongres AS

Ketua Eksekutif TikTok Shou Zi Chew akan hadir di hadapan Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan AS pada 23 Mac untuk memberi keterangan mengenai kebimbangan privasi...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here