26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Sejuta pelancong China dijangka tiba ke Malaysia,lari daripada ‘lockdown’ ketat di China

Date:

Share:

Rakyat China kini dalam suasana terdesak untuk ke luar negara apabila kebanyakan warganya telah menempah tiket perjalanan keluar.

Situasi ini terjadi selepas Beijing mengumumkan bahawa pemerintah bersedia untuk membuka semula sempadannya pada bulan hadapan.

Carian penerbangan antarabangsa dalam talian oleh warga China melonjak sehingga sepuluh kali ganda selepas sekatan perjalanan ditarik balik.

Sebelum ini, sebahagian besar rakyat China tidak dapat melancong keluar negara sejak tiga tahun yang lalu disebabkan wabak COVID-19.

Melalui laporan Free Malaysia Today, dalam tempoh 15 minit selepas pengumuman itu, carian untuk tiket penerbangan antarabangsa meningkat tujuh kali ganda.

Melalui laporan laman sesawang Trip.com yang menjejaki carian warga China mengenai negara paling popular dan negara yang ingin mereka lewati sebaik sahaja sempadan dibuka.

Difahamkan bahawa Jepun telah menjadi destinasi utama warga China, kemudian diikuti oleh Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, United Kingdom, Macao dan Hong Kong.

Melalui laporan The Star pula, dilaporkan bahawa 1 juta warga China dijangka tiba ke Malaysia pada 2023.

Angka ini bagaimanapun kurang daripada apa yang pernah dicatatkan pada tahun 2019, iaitu kira-kira 3 juta warga China telah berkunjung ke Malaysia.

Untuk rekod, beberapa negara kini sedang giat menyiapkan garis panduan bagi kemasukan warga China.

Jepun telah mengumumkan bahawa semua pelancong dari China mesti membuktikan bahawa ujian Covid mereka negatif semasa ketibaan, atau kuarantin selama tujuh hari.

Manakala India dan beberapa negara lain turut menggariskan prosedur yang sama ke atas warga China yang masuk melancong ke negara mereka.

Setakat ini kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kehadiran dan garis panduan yang ditetapkan untuk menyambut pelancong China ke Malaysia.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here