25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

SEKTOR PERLANCONGAN DIBUKA SEMULA BERMULA 16 SEPTEMBER

Date:

Share:

BERITA baik buat mereka yang sudah lama menanti saat untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

Beberapa destinasi pelancongan akan dibuka di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, dimulakan dengan Pulau Langkawi.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pulau itu akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memaklumkan peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi dua buah negeri iaitu Melaka yang beralih kepada Fasa 2 dan Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3.

Peralihan fasa bagi negeri-negeri di tersebut akan bermula pada 4 September 2021.

Berdasarkan unjuran data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80% bagi populasi dewasa menjelang penghujung September 2021.

Beliau percaya kadar vaksinasi 100% akan dicapai akhir Oktober 2021, sekali gus memberi perlindungan kepada Keluarga Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia juga perlu bersedia untuk hidup bersama COVID-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik yang bersesuaian selain daripada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semata-mata.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here