Dalam dunia kewangan moden di zaman ini, setiap negara mempunyai matawang mereka tersendiri. Setiap negara pastinya menubuhkan Bank Pusat (central bank), sebuah institusi kewangan khas yang mengawal selia kewangan sesebuah negara. Bank pusat juga berperanan besar dalam mengawal nilai matawang.


Oleh itu, sangat penting untuk semua pedagang memahami bagaimana peranan bank pusat dalam mengawal nilai matawang. Topik ini akan dikupas dalam muka surat seterusnya.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan naik dan turun nilai matawang. Bahagikan kepada dua iaitu: i) faktor intrinsik ii) faktor ekstrinsik.
i. Faktor intrinsik
Intrinsik bermaksud dalaman (internal). Dalam dunia dagangan forex, faktor intrinsik bermaksud nilai naik dan turun disebabkan oleh faktor dalaman matawang tersebut, sebagai contoh, bank pusat negara tersebut menetapkan polisi kewangan untuk melemahkan matawang atas faktor tertentu. Contoh yang lain, krisis yang melanda negara tersebut menjejaskan nilai matawang.
ii. Faktor ekstrinsik
Ekstrinsik bermaksud luaran (external). Muncul sebuah kuasa ekonomi yang kukuh menyebabkan nilai matawang negara tersebut meningkat, sekaligus apabila tukaran matawang dari negara kita kepada matawang negara tersebut meningkat dari segi kos. Jatuhnya nilai matawang negara kita disebabkan oleh faktor luar, bukan faktor kita sendiri.

