26.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

SKIM PELABURAN CRYPTOCURRENCY HARAM DI MALAYSIA

Date:

Share:

SHAH ALAM – Pada minggu lalu komuniti wang digital atau crypto telah dikejutkan dengan platform Remitano telah disekat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan sekaligus membuatkan pelabur panik.

Pada hari ini, Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata skim pelaburan mata wang yang baru iaitu mata wang crypto telah menjadi salah satu skim haram dan tidak sah di Malaysia.

sumber : Sinar Harian

Beliau juga berkata, kesemua jenis pertukaran mata wang digital tempatan tersebut tidak akan diiktiraf Bank Negara Malaysia.

Jadi di Malaysia tiada skim pelaburan crypto yang sah. Semuanya boleh dikatakan haram, tapi di Malaysia terdapat tiga pertukaran mata wang digital yang disahkan boleh diguna untuk melabur (beli sendiri).

“Merujuk Bank Negara, crypto ini tidak mempunyai tender yang sah. Jika mahukan kepastian, boleh rujuk dalam laman web Bank Negara yang memperincikan ciri-ciri pelaburan yang sah dan tidak sah,” katanya.

Mengulas lanjut, Choong Fook berkata, kesemua operasi pertukaran berkaitan mata wang crypto hakikatnya tidak berlaku kerana kesemuanya tidak beroperasi di negara ini.

Menurut Fong Choong Fook, operasi platform ini semuanya dijalankan di negara luar dan bukan di Malaysia. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan skim penipuan yang menggunakan nama crypto dalam mengumpul wang daripada para pelabur.Kata Choong Fook, kebanyakan kes penipuan di negara ini biasanya menggunakan nama crypto untuk mengumpul wang daripada orang awam.

Oleh hal demikian, kempen kesedaran khususnya di media sosial harus dijalankan bagi mengelakkan daripada ramai lagi mangsa yang terperangkap dalam penipuan ini.

“Orang awam juga harus buat kajian sebelum laburkan wang mereka. Dapatkan fakta yang betul tentang ini. Kalau semua faham, tiada misteri dan penipuan berlaku,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 235 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 235.Dapatkan naskah MFM edisi ke 235 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

EUR/USD: Temporary breather before a fall to key supports at 1.0557/1.0501 – Credit Suisse

EUR/USD stays seen on course to test a cluster of key supports at 1.0557/1.0501, in the view of analysts at Credit Suisse.Looking for a fall...

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here