Bermula 1 Ogos ini, kerajaan dah buat keputusan untuk hentikan terus subsidi untuk telur ayam. Ya betul, subsidi dan kawalan harga yang selama ni bantu jaga harga telur akan ditamatkan.
Tapi jangan panik dulu! Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), langkah ni dibuat sebab pengeluaran telur sekarang dah stabil, dan masa Aidilfitri hari tu pun bekalan mencukupi dan harga okay je.
Sebenarnya, subsidi ni dah lama berjalan – dari Februari 2022 sampai Disember 2024, kerajaan dah belanja hampir RM2.5 bilion semata-mata untuk tampung kos pengeluaran telur masa pandemik dan perang Ukraine-Rusia dulu (yang buat harga import jagung dan soya melambung).
Mulai esok, subsidi akan dikurangkan dari RM0.10 ke RM0.05 sebiji, dan lepas tu akan dihentikan terus.
Kenapa Nak Hentikan?
Kerajaan kata subsidi sekarang tak mampan kalau diteruskan lama-lama. Lagi satu, subsidi ni pun dinikmati sama oleh warga asing dan orang berpendapatan tinggi – jadi, kurang adil lah untuk golongan B40.
Dengan penjimatan yang ada nanti, kerajaan boleh fokus bantu rakyat dalam bentuk projek lain yang lebih berkesan, ikut semangat MADANI.
Apa Jadi Lepas Ni?
Tenang, ada beberapa langkah ‘backup’ yang akan dibuat:
- Industri akan perkenal telur gred khas yang lebih murah.
- Rakyat boleh beli telur dengan harga berpatutan melalui Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah – ada dekat seluruh negara, termasuk outlet FAMA dan LPP.
- KPDN akan terus buat pemantauan untuk elak ada peniaga ambil kesempatan naikkan harga ikut suka hati.
Kalau ada masalah pasal bekalan telur, boleh terus hubungi KPKM:
- Email: [email protected]
- Hotline: 03-8000 8000