32.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

SWISS NATIONAL BANK : KEKAL DENGAN NEGATIVE KADAR FAEDAH DAN BERSEDIA UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM TUKARAN MATAWANG ASING.

Date:

Share:

24hb September 2020 – Swiss National Bank (SNB) hari ini telah selesai mengadakan mesyuarat ekonomi dan polisi kewangan bagi bulan September 2020. SNB mengambil pendirian untuk kekal dengan polisi kewangan “ultra-loose” di mana kadar faedah ditetapkan pada kadar negative, pada paras -0.75% bertujuan untuk meransang pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.

SNB juga menyatakan kesediaan mereka untuk campur tangan dalam pasaran tukaran matawang asing bagi menjaga kestabilan matawang Swiss Franc (CHF). Selama bertahun-tahun SNB aktif campur tangan dalam mengawal nilai CHF terutama tukaran kepada EURO yang mana merupakan rakan dagang utama mereka.

Walaubagaimanapun, perkembangan terkini di United States dimana Federal Reserve telah menetapkan perancangan ke arah “dovish stance policy” merunsingkan SNB. FEDS pada mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) yang lalu mengesahkan akan kekal dengan “loose-policy” sehingga 2023, yang berkemungkinan bakal menyaksikan kejatuhan nilai USD berpotensi berlaku.

United States merupakan rakan dagang kedua terbesar negara Switzerland yang bernilai $42 billion CHF dalam pasaran eksport, pastinya akan merunsingkan bagi Switzerland jika nilai USD jatuh manakala CHF menigkat, sekaligus meningkatkan kos eksport ke US. Ini akan menyebabkan hilang minat atau US akan mencari alternative lain.

SNB sering dilabel sebagai “currency manipulator” kerana pendirian serta tindakan mereka yang sering campur tangan dalam mengawal nilai tukaran wang asing secara langsung. Sifat matawang CHF yang digelar sebagai “safe-haven currency”, matawang di mana akan menjadi tumpuan dan pilihan apabila berlaku krisis di peringkat global.

Semak graf pair USD/CHF di bawah untuk tujuan analisa secara teknikal.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here