27.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Tesla bakal buka ibu pejabat & pusat penyelenggaraan di Malaysia

Date:

Share:

Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke Malaysia.

Tesla beroperasi menggunakan model jualan pengguna secara terus tanpa membabitkan pengedar.

Pusat Pengalaman Tesla adalah lokasi di mana pengguna boleh mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan itu.

Bakal pembeli perlu membuat tempahan secara dalam talian dan kereta akan diterima selepas stok diperuntukkan.

Tesla Inc adalah multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang autommotif, kecerdasan buatan dan tenaga bersih.

Ia mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Tesla adalah salah satu syarikat paling bernilai di dunia dan setakat ini, ia adalah pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia.

Syarikat itu mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Harga Emas: XAU/USD menempa laluan kenaikan harga melebihi $1,960 : FED, kegawatan perbankan jadi tumpuan

Harga emas bergelut untuk membalikkan penarikan semula hari sebelumnya dari bahagian atas YTD.Tajuk berita bercampur-campur tentang krisis perbankan, perasaan berhati-hati menjelang peristiwa penting bank...

Berdagang dan menang bersama AMarkets!

Pada 6 Mac, broker dalam talian global AMarkets melancarkan cabutan raffle MusimBunga berskala besar yang menawarkan emas bernilai sehingga $16,000! Setiappelanggan syarikat boleh menyertai...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 223 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 223.Dapatkan naskah MFM edisi ke 223 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

ANALISA TEKNIKAL EURJPY 17 MAC 2023

EURJPY DDI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA SECARA KESELURUHANNYA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND. HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM FASA RETRACEMENT. SAYA MASIH LAGI FOKUS...

ANALISA TEKNIKAL AUDUSD 17 MAC 2023

AUDUSD DI TIMEFRAME H1.FORECAST: HARGA KETIKA INI MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN DOWNTREND SECARA KESELURUHANNYA. UNTUK TREND SEMASA, HARGA MASIH LAGI DALAM KEDUDUKAN RETRACEMENT ATAU...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here