27.2 C
Kuala Lumpur
spot_img

Tiada AP untuk import bahan makanan-PM Ismail Sabri

Date:

Share:

Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini, bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini.

Kata beliau, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan mengumumkan butiran lanjut berhubung AP untuk import bahan makanan itu.

“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

China memberikan reaksi terhadap penangguhan lawatan Anthony Blinken

China berkata ia menghormati keputusan pentadbiran Biden untuk menangguhkan lawatan Setiausaha Negara Anthony Blinken ke Beijing selepas belon altitud tinggi China dikesan di ruang...

Apakah sebenarnya MyFxBook ni ?

MyFxBook adalah platform online yang memungkinkan pedagang dan pelabur forex untuk memantau dan menganalisis kinerja trading mereka. Ia menyediakan seperangkat alat yang memungkinkan pengguna...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 217 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 217.Dapatkan naskah MFM edisi ke 217 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Gold Price Forecast: XAU/USD could see a bumpy road to recovery toward $1,930 – Confluence Detector

Gold price is licking its wounds amid a broad United States Dollar rebound.Dovish Fed expectations, weak US Treasury bond yields could limit Gold’s downside.Gold...

Fed to deliver 25bp hikes in March and May for a peak funds rate of 5.00-5.25% – Goldman Sachs

The Goldman Sachs Research team said in its client note that it expects the US Federal Reserve (Fed) to hike interest rates by 25 basis points...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here