29 C
Kuala Lumpur
spot_img

Tiada lagi subsidi ayam, telur selepas 30 Jun – Mat Sabu

Date:

Share:

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun disusuli pengapungan harga bermula pada 1 Julai.

Menurut Mohamad, penamatan itu bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.

Beliau berkata, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi ditamatkan, KPKM melaksanakan mekanisme “soft-landing” (pemulihan bertahap).

Selain itu katanya, antara yang dilaksanakan ialah memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup kecuali “Day Old Chick” (DOC), ayam bulat, dan keratan ayam sepenuhnya serta membenarkan pengimportan ayam dan telur dari pelbagai negara sumber yang diiktiraf.

“Bagi pengimportan ayam, negara sumber yang dibenarkan termasuklah Thailand, China, Brazil, dan Denmark. Manakala bagi pengimportan telur, negara sumber yang dibenarkan ialah Thailand dan Ukraine,” katanya menurut laporan Free Malaysia Today.

Beliau menyatakannya menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Jadilah seorang Pedagang, Bukan Penjudi.

Mengapa anda terlibat dalam perdagangan forex?Biarkan saya teka…Kerana anda ingin menjana sejumlah besar wang dan mampu membeli apa saja yang anda impikan?Walaupun ini adalah...

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here