25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Tinjauan IPSOS dapati 45% rakyat M’sia hidup sekadar ‘cukup makan’

Date:

Share:

Rakyat Malaysia tidak terasing daripada terkena tempias inflasi yang kini melanda serata dunia, dengan 45 peratus rakyat mengakui situasi kewangan mereka sekadar cukup makan.

Tinjauan melalui Ipsos Global Inflation Monitor mendapati rakyat Malaysia terpaksa mengikat perut berikutan tekanan daripada inflasi dan kenaikan kadar faedah, lapor Astro AWANI.

Malah, jumlah rakyat Malaysia yang mengakui mereka hidup dengan selesa amat kurang berbanding negara ekonomi-ekonomi utama yang lain, iaitu hanya 29 peratus di Malaysia berbanding 42 peratus di Korea Selatan, 53 peratus di India dan 40 peratus bagi purata global.

“Kenaikan kadar faedah yang dijangka akan berlaku beberapa kali memberi kesan kepada empat daripada sepuluh orang rakyat Malaysia dalam bentuk pendapatan boleh guna yang lebih rendah dalam masa terdekat, menyebabkan penurunan taraf hidup mereka,” kata Pengarah Bersekutu Ehwal Awam IPSOS, Lars Erik Lie seperti dipetik Astro AWANI.

“Penurunan mendadak dalam tahap keselesaan rakyat Malaysia ketika melakukan pembelian isi rumah dan pembelian lebih besar menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menilai semula keutamaan dalam perbelanjaan jangka pendek,” tambah beliau.

Meskipun kebimbangan berhubung COVID-19 kini berkurangan, kadar inflasi dan kemiskinan sudah memintas pandemik itu sebagai perkara utama yang kini menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Setakat Julai, 42 peratus responden bersetuju bahawa inflasi menjadi kebimbangan utama, diikuti isu kemiskinan dengan 35 peratus dan wabak COVID-19 sebanyak 24 peratus.

Rentetan daripada tekanan inflasi, trend pembelian dalam kalangan rakyat mula merosot sejak dua bulan lalu, dengan hanya 32 peratus responden bersetuju mereka selesa membuat pembelian barangan utama seperti rumah dan kereta pada bulan Jun, berbanding 40 peratus pada Mei lalu, lapor Astro AWANI.

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, perbelanjaan untuk bersosial dan bercuti adalah antara perkara pertama yang dipotong apabila belanjawan isi rumah mula dibuat dengan lebih berhati-hati.

“Ia diikuti penangguhan pembelian-pembelian besar dan pengurangan perbelanjaan isi rumah, sebelum perbelanjaan untuk makanan dikurangkan atau simpanan digunakan,” kata Lars. – AWANI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Mansuh pencen ahli politik & penjawat awam adalah praktikal dan selari keperluan zaman

Memansuhkan pencen ahli politik & penjawat awam sememangnya satu topik yang panas kerana ianya melibatkan ramai pihak berkepentingan namun ia tetap perlu diakui sebagai...

Pengurus Maybank MC trade forex ambil RM4.8 juta dari peti besi cawangan, kena penjara

Seorang pengurus perkhidmatan di cawangan Maybank Singapura menanggung hutang kad kredit dan mengalami kerugian besar daripada dagangan dalam pasaran pertukaran asing (Forex).Dia mula meminjam...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 251 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

Apakah maksud US Shutdown ? Tujuh perkara yang anda patut tahu

Pembiayaan untuk agensi persekutuan AS akan kehabisan pada 30 September, krisis yang didorong oleh perpecahan ideologi di kalangan Ahli Republikan.AS ketika ini hanya beberapa...

Produk Gardenia mulai 1 Oktober ini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.Antara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here