Adakah anda seorang newbie trader dan ingin menjadi salah seorang trader yang berjaya? Jika anda memerlukan beberapa info untuk menjadi trader yang berjaya boleh baca artikel di bawah ini…

Berikut ialah tips untuk menjadi trader yang berjaya yang boleh anda praktikkan dalam trading anda :

1. Elakkan emosi dalam trading

Emosi ketika trading adalah salah satu masalah universal bagi semua trader. Contohnya, perasaan takut, tamak dan kecewa. Justeru, kawalan emosi adalah faktor yang penting dalam trading. Ini kerana jika anda tidak dapat mengawal emosi anda ketika trading, anda akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan yang betul.

2. Anda perlu menyelidik dan mempelajari pasaran sebelum memulakan trading

Ini kerana berdagang tanpa penyelidikan menyerupai pendakian tanpa latihan sebelumnya. Oleh itu, kita mestilah rajin untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan mengenai trading supaya boleh menjadi trader yang berjaya. Boleh klik di sini untuk info tambahan tentang trading..

3. Gunakan pesanan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit)

Pesanan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) ialah penyelesaian yang sangat baik untuk newbie trader yang ingin melindungi kedudukan mereka daripada kerugian atau kehilangan wang anda. Ini kerana anda tidak boleh meramalkan bila pasaran akan turun dan naik kerana pasaran akan berubah dari semasa ke semasa.

4. Jangan berputus asa

Salah satu kesilapan newbie trader yang paling popular ialah peniaga berhenti berdagang kerana mengalami kerugian. Ini kerana tiada siapa yang boleh mendapatkan wang dengan berdagang secara berterusan kerana dalam trading ada turun dan naiknya.