28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

TUMPUAN UTAMA KEPADA DATA EKONOMI NFP MALAM INI

Date:

Share:

Minggu yang padat dengan pelbagai data ekonomi yang terbit pada minggu ini. Tahun 2021 telah bermula, pasaran dibuka dan pelabur pastinya mengikuti dengan penuh minat data-data ekonomi yang terbit bagi mendapatkan maklumat keadaan ekonomi semasa.

Malam ini, data ekonomi penting Amerika Syarikat iaitu Non-Farm Payroll akan terbit dan pastinya akan memberi gambaran awal kedudukan ekonomi A.S semasa sama ada dalam fasa kritikal, pemulihan ataupun sedang membangun.

Jika di imbau kembali keadaan pasaran Forex, di awal tahun 2020, negara yang paling teruk terjejas di dunia adalah China akibat pandemic Covid-19 yang muncul di Wuhan, salah satu wilayah di Republik China. Walaubagaimanapun, China hanya mengambil masa 3 bulan sahaja untuk pulih daripada pandemic itu.

Sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat di mana penularan wabak COvid-19 memuncak mendadak di Amerika Syarikat dan kini angka jangkitan di sana telah mencecah 22 juta angka, angka tertinggi di dunia. Ekonomi Amerika Syarikat teruk terjejas akibat penularan pandemik ini.

Perbezaan kes Covid-19 di Amerika Syarikat dan China bagi tahun 2020-2021.

Dari sudut nilai matawang, USD kepada Chinese Yuan menunjukkan perubahan ketara semasa awal tahun 2020, memasuki Mac 2020 dan kadar tukaran terkini. Yuan menunjukkan peningkatan ketara berbanding US Dollar masa masa bulan terakhir tahun 2021.

Pergerakan matawang USD berbanding Chines Yuan.

Tumpuan pastinya diberikan kepada data pertama NFP pada malam ini dimana jangkaan konsesus meletakkan angka 71,000 pekerjaan baharu dicipta bagi bulan Disember, jauh lebih rendah daripada data sebelum iaitu sebanyak 245,000 pekerjaan bagi bulan November 2020.

Jangkaan kadar pengangguran juga dijangka meningkat kepada 6.8% berbanding 6.7% sebelum ini. Data-data ekonomi semasa yang negative serta suasana politik di White House yang sedikit panas pada ketika ini menyebabkan nilai US Dollar lemah.


Untuk dapatkan idea dagangan berkaitan USD, klik di sini:

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here