27.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

US DOLLAR MENGUKUH, EMAS MENJUNAM MINGGU INI

Date:

Share:

Matawang US Dollar mengalami pengukuhan pada minggu ini berbanding beberapa matawang utama dunia yang lain selepas hasil perbendaharaan (Treasury Yields) Amerika Syarikat dilaporkan meningkat minggu lalu.

Logam emas juga mengalami penyusutan ketara pada minggu ini apabila jatuh ke paras $1817.84, memadam kenaikan yang berlaku sejak 6 minggu kebelakangan ini. Minggu lalu, harga emas didagangkan tinggi pada paras $1958.67, dan mula pada pertengahan minggu lalu.

Data laporan Non-Farm Payroll yang terbit minggu lalu mengecewakan ramai pihak apabila dilaporkan 140,000 peluang pekerjaan hilang dalam ekonomi Amerika Syarikat pada December 2020, lebih teruk daripada apa yang dijangkakan oleh kebanyakan penganalisa ekonomi. Kadar pengangguran pula kekal pada paras 6.7%, lebih rendah berbanding jangkaan sekitar 6.8%.

Peningkatan nilai US Dollar dilihat berlaku pada ketika data laporan ekonomi penting di U.S terus mencatatkan kemerosotan, memberi bayangan kemungkinan peningkatan ini hanya bersifat sementara dan harga mungkin hanya berada dalam fasa “retracement” atau “correction pullback”.

Sebagai contoh pair GBP/USD, secara “major trend” masih dalam keadaan bullish momentum, tetapi “current trend” bearish move sedang berlaku dan menghampiri kawasan “reversal decision area”. Pada ketika ini harga didagangkan rendah pada paras 1.3495 berbanding 1.37000, paras tertinggi pada minggu lalu.

Keadaan yang sama turut berlaku di pair EUR/USD di mana harga dilihat melakukan jatuhan setelah peningkatan berpanjangan sejak awal 2020 yang lalu. Harga ketika ini didagangkan pada paras 1.2163 berbanding harga tertinggi minggu lalu sekitar 1.2350.

Dijangka pengukuhan US Dollar ini bersifat sementara, tetapi akan berterusan untuk beberapa minggu membuka peluang dagangan membeli US Dollar pada ketika harga sedang berada pada paras yang lebih murah berbanding sebelum ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

GBP/JPY meningkat kepada 181.80 berikutan keputusan kadar BoJ, data UK jadi tumpuan

GBP/JPY memperoleh momentum sekitar 181.85 selepas peristiwa penting Bank of Japan (BoJ).BoJ memutuskan untuk mengekalkan sasaran kadar jangka pendeknya sebanyak -0.1% dan sasaran hasil...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 250 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 250.Dapatkan naskah MFM edisi ke 250 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita jaga sesama...

The Financial Investment Expo Bangkok,Thailand

KENYATAAN MEDIAThe Financial Investment Expo 2023 ialah acara utama untuk industri kewangan dan pelaburan kewangan di seluruh dunia. Ia adalah platform komprehensif yang direka...

Eksport Malaysia secara tidak dijangka merosot pada Ogos – UOB

Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan UOB Julia Goh dan Ahli Ekonomi Loke Siew Ting menilai prestasi terkini eksport dan import di Malaysia.Petikan UtamaEksport kasar Malaysia...

Bekalan Beras Tempatan Dijangka Pulih Sebulan Lagi- Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan memberi jaminan bekalan beras putih tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan.Menterinya, Datuk...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here