28.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

WHO kesal pembunuhan monyet di Brazil akibat kebimbangan terhadap cacar monyet

Date:

Share:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal di atas pembunuhan monyet-monyet di Brazil disebabkan perasaan takut orang ramai terhadap jangkitan cacar monyet.

Portal berita Brazil G1 pada Ahad (7 Ogos) melaporkan bahawa 10 monyet diracun dalam tempoh kurang seminggu di bandar Seo Jose do Rio Preto di wilayah Sao Paulo. Insiden serupa turut dilaporkan di bandar-bandar lain.

“Orang ramai harus sedia maklum bahawa setakat ini jangkitan hanya merebak dalam kalangan manusia,” kata jurucakap WHO Margaret Harris sewaktu sidang media di Geneva.

Lebih 1,700 kes cacar monyet dilaporkan di Brazil, menurut WHO.

Kementerian kesihatan Brazil mengesahkan satu kematian akibat penyakit itu pada 29 Julai. Mangsa adalah seorang lelaki yang kurang daya imun dan mengalami beberapa penyakit sedia ada.

Jangkitan boleh berlaku dari haiwan ke manusia, namun kini ia menular antara kontak manusia, menurut Cik Harris.

“Orang ramai tidak sepatutnya menyerang haiwan,” katanya.

Brazil sebelum ini pernah melaporkan serangan terhadap haiwan sewaktu penularan demam kuning.

Sejak Mei, hampir 90 negara sudah melaporkan lebih 29,000 kes jangkitan cacar monyet. WHO mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat antarabangsa pada Julai.-AGENSI

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here